Tak Korban Tapi Sedekah Jumlah Yang Sama, Boleh Ke?

“Kalaulah nilai untuk berkorban RM500 adakah saya dikira sebagai berkorban kalau saya menderma jumlah yang sama?”

“Kalau saya beli daging di pasar dengan jumlah bahagian korban kemudian sedekahkan dagingnya, adakah saya dikira berkorban?”

Untuk menjawab dan menghuraikan soalan ini, kami telah rujuk pada jawapan dari laman Mufti Wilayah Persekutuan.

Sama Dengan Korban Atau Tidak?

sedekah korban

Bersedekah dengan nilai bahagian korban sahaja tidak dianggap melakukan ibadah korban kerana ibadah korban merupakan ibadah khusus” – Mufti Wilayah Persekutuan.

Itu adalah jawapannya yang ringkas.

Dari segi maksudnya juga telah menunjukkan kedua-dua ibadah ini berbeza.

Korban adalah penyembelihan haiwan An’am pada tarikh tertentu untuk mendekatkan diri dan mendapatkan redha Allah SWT.

Tatacara korban seperti; melihat sama ada haiwan itu layak dikorbankan, melihat sifat haiwan itu dan lain-lain dilangkau sekiranya tidak dilaksanakan seperti biasa.

Syarat sah ibadah korban:

  1. Niat korban ketika menyembelih
  2. Sembelihan dilaksanakan pada matahari naik pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
  3. Penyembelihnya adalah orang Islam
  4. Tidak ada kecacatan pada haiwan korban 
  5. Binatang korban adalah yang halal dimakan dan cukup umur
  6. Dibahagikan daging 
Cara Pembahagian Daging Korban

Kredit infografik: Sinar Harian

Bacaan lanjut: Panduan & Cara Pembahagian Daging Korban Yang Lengkap

Ciri-ciri Haiwan Korban Yang Sempurna

  • Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  • Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  • Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  • Unta: melebihi lima tahun

Cacat yang tidak boleh ada pada haiwan:

  • Cacat telinganya walau terpotong sedikit
  • Terpotong lidah atau ekor
  • Kurus dan kurang daging
  • Berkudis
  • Buta
  • Tempang
  • Bunting

Syarat orang melaksanakan korban adalah:

1. Beragama islam 

2. Baligh 

3. Berakal 

4. Berkemampuan 

5. Merdeka (bukan golongan hamba)

Ibadah korban adalah lebih afdal berbanding berbanding sedekah. Lagipun, ibadah korban mempunyai waktu yang tersendiri untuk dilaksanakan.

Jadi sekiranya sesorang itu mampu untuk mengambil bahagian dalam berkorban, adalah lebih elok dia menggunakan wang tersebut untuk menyertainya.

Kenapa Korban Lebih Afdal?

sedekah korban

Korban lebih afdal adalah kerana ibadah ini mempunyai waktu-waktu tertentu untuk dilaksanakan. Selain itu ibadah korban dan sedekah adalah berbeza. 

Dr Muhammad Zuhaili ada menulis:

‌ما ‌يذبح ‌من ‌الإبل والبقر والغنم والمعز، تقربا إلى الله تعالى في يوم العيد وأيام التشريق.

Maksudnya: (Korban) adalah haiwan yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu, biri-biri dan kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala pada hari raya (Aidiladha) dan hari-hari tasyrik. 

Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie : 477/2

Sedekah pula maksudnya adalah pemberian tanpa balasan oleh seseorang kepada orang lain dan pemberi hanya mengharapkan balasan pahala kepada Allah SWT sahaja. (Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 175/3)

Ibadah korban adalah ibadah yang khusus seperti solat. Korban bukanlah sedekah daging kepada yang memerlukan semata-mata.

Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Surah al-Kauthar :1

sedekah korban

Para ulama menafsirkan ayat ini menceritakan bahawa ibadah ini adalah ibadah yang khusus seperti solat kerana ia di sebut secara khusus oleh Allah SWT. 

Pemberian daging juga patut dilihat bagaimana ibadah ini berbeza daripada sedekah.

Umat Islam yang melaksanakan ibadah korban akan mendapat pahala atas sembelihannya dan juga pahala atas daging yang disedekahkan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.

Hadis riwayat Muslim: 1218

Al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis ada menulis:

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. 

Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga umat Islam yang berhajat untuk berkorban tahun ini dapat melaksanakannya. Insya-Allah.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN