Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan

Kelahiran anak pertama memang mendebarkan. Segala perkara untuk anak itu adalah pengalaman kali pertama. Selawat, tahnik dan cukur rambut bayi pertama yang semestinya mengujakan ibu bapa baru.

Sunnah Aqiqah

Tahnik Dan Cukur Rambut

Aqiqah biasanya dilakukan pada bayi tersebut berusia 7, 14 atau 21 hari. Pada majlis aqiqah selalunya, inilah perkara yang biasanya dilakukan:

  • Cukur Jambul
  • Tahniq
  • Tazkirah

Ini adalah sedikit sebanyak ibadah lain yang boleh dilakukan semasa majlis akikah. Untuk membaca lebih lanjut anda boleh klik di sini.

Perkara Syirik Yang Perlu Dielakkan Dalam Majlis Tahnik dan Cukur Rambut Bayi

Majlis aqiqah seharusnya disambut dengan keberkatan dan doa-doa untuk menafsirkan rasa sayang dan kasih kepada anak yang baru lahir.

Namun ia tidak lari daripada perkara syirik yang diselang-selikan dengan sunnah.

Mari semak perlakauan tersebut supaya ibu bapa boleh mengelakkannya.

  1. Menanam uri

Kalau diikutkan, menanam uri bukan salah satu perkara syirik.

Menurut mufti Faraz Adam Al-Mahmudi, jenazah seorang Muslim perlulah ditanam, begitu juga uri dan tali pusat bayi yang baru dilahirkan.

Apa yang perlu dilakukan, cumalah cuci uri dengan air sehingga bersih, bungkus ketat supaya tiada haiwan liar yang dapat membukanya dan tanam.

Tetapi ramai yang telah menyulami perkara ini dengan amalan syirik seperti menggunakan kunyit, limau nipis, asam keping dan lain-lain ketika membasuh uri.

Yang lebih mengejutkan, ada yang menanam uri sekali dengan paku dan kain putih atau hitam untuk menghalau jin.

Ada juga yang percaya jika ditanam dengan pen atau bahan ilmiah lain, anak tersebut boleh membesar menjadi orang bijak dan pandai.

  1. Membelah mulut
Tahnik Dan Cukur Rambut

Membelah mulut sebenarnya adalah adat kaum Hindu yang di-Melayukan;  membelah mulut dengan cincin emas yang direndam dalam air zamzam, potongan asam keping dan sebagainya.

Sunnah sebenarnya hanyalah mentahnikkan anak dengan buah kurma.

Jika tiada tamar, boleh menggunakan rutab. Elakkan menggunakan madu kerana berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),  madu tidak sesuai diberikan kepada bayi yang berusia di bawah 12 bulan. 

Sama ada ia dicampur dengan susu, untuk melegakan sakit gusi atau dicampur dengan makanan lain.

Ini kerana sistem penghadaman bayi masih tidak cukup kuat untuk menerima madu. Ia melemahkan otot bayi dan ada juga yang menyebabkan kegagalan sistem pernafasan.

Jika anda ingin bertahnik, cukuplah menggunakan kurma.

Ini adalah cara-cara tahnik ringkas untuk anda.

  1. Sediakan kurma dan air zamzam
  2. Istighfar
  3. Mulakan dengan beristighfar
  4. Baca al-Fatihah
  5. Baca ayat Kursi 
  6. Baca Selawat Syifa
  7. Baca selawat Kamilah
  8. Baca 3 Qul
  9. Kunyah kurma sehingga lembik.
  10. Dengan jari, ambil kurma tersebut dan masukkan ke dalam mulut bayi.
  11. Baca ayat 33-37 surah Ali Imran
  12. Keluarkan jari dan suapkan sedikit air zam-zam
  13. Bacakan doa untuk anak tersebut

Selawat Tahnik atau Doa Tahnik Yang Boleh Dibaca

Sumber: https://www.facebook.com/ezqurban

Maksudnya: Ya Allah, berikan dia kefahaman agama dan ajarkan kepadanya tafsir al-Quran.

Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi

Doa ini bukanlah doa khusus untuk tahnik tetapi doa ini dibacakan pada Ibnu Abbas.

  1. Mencukur jambul

Seperti amalan yang lain, amalan ini kalau diikutkan sunnah. Tetapi, Allahyarham Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz menyatakan melalui wawancara sebuah surat khabar, cukur jambul pada bahagian depan sahaja dan menggunakan kelapa semasa upacara berlangsung adalah amalan bidaah dan khurafat kerana mengikut agama Hindu.

Tahnik Dan Cukur Rambut

Perkara yang sebenar anda harus lakukan adalah cuma cukur rambut bayi sehingga habis, kemudian sedekahkan nilai emas atau perak mengikut berat rambut yang dicukur kepada fakir miskin.

Adakah anda perlu menanam rambut bayi yang dicukur?

Ini bergantung kepada diri anda.

Setakat jawapan yang kami ketemui di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, ini adalah jawapan paling dekat berkenaan apa yang perlu dilakukan pada rambut yang sudah dipotong.

“Sunat menanam dan menimbus di dalam tanah segala rambut serta kuku yang dipotong sebagaimana diriwayatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh Ibn Umar dan disepakati oleh para ulama mazhab kami.”

Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/212

  1. Berendoi
Tahnik Dan Cukur Rambut

Adat berendoi seperti buaian yang dihias cantik dan didendangkan marhaban berserta berzanji sebenarnya adat melayu yang sudah lama dipraktikkan tetapi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Cuma digalakkan untuk tidak berlebihan, tetapi lebih afdhal jika digantikan dengan amalan lain seperti bacaan al-Quran dan berzikir untuk mengelakkan khilaf.

  1. Penggunaan tangkal atau azimat

Jangan terkejut, masih ramai ibu bapa yang percaya dengan penggunaan azimat dalam majlis tahnik dan cukur rambut bayi.

Paku, gunting, buku surah Yassin dan sebagainya diletakkan dibawah bantal atau berhampiran dengan bayi sebagai niat untuk memberikan perlindungan daripada gangguan jin dan syaitan.

Tahnik Dan Cukur Rambut

Selain daripada itu, ada juga yang percaya amalan khurafat seperti memasang benang hitam atau kuning yang dibacakan jampi untuk menghalang jampi.

Haram bagi umat Islam untuk mempercayai atau menggunakan tangkal dan azimat.

Cara yang terbaik untuk menghalau gangguan iblis Ummu Sibyaan (suka mengganggu bayi)  dan jin adalah dengan menutup pintu dan tingkap ketika senja atau waktu maghrib

Di samping itu, bacaan ayat Kursi dan tiga Qul (al-IKhlas, al-Falaq dan An-Naas) kemudian tiup ubun kepala anak dan berkata “Wahai Ummu Sibyaan, keluar dan jangan ganggu anakku”.

Begitu sahajalah tentang selawat, tahnik dan cukur rambut bayi yang anda perlu tahu. Semoga artikel ini bermanfaat.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

Tahnik Dan Cukur Rambut

Masih belum laksanakan akikah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan akikah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan akikah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej akikah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN