Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan

Ramai ibu bapa yang teruja setelah mendapat cahaya mata. Ada sudah mula merancang majlis aqiqah untuk anak mereka. Jika anda ingin membuat majlis aqiqah, apa kata luangkan seminit dua membaca syarat aqiqah anak lelaki dan perempuan ini.

Maksud Aqiqah

syarat aqiqah anak lelaki

Aqiqah yang biasa kita fahami adalah menyembelih haiwan tertentu dan memberikan daging tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Selain daripada itu, diteruskan dengan amalan sunnah seperti cukur jambul, berzanji dan lain-lain amalan untuk memberi berkat kepada majlis sekaligus mendoakan keberkatan bayi yang baru lahir.

Sebenarnya jika dilihat daripada pandangan hukum syarak, aqiqah dibahagikan kepada 3 elemen:

  1. Menyembelih binatang 
  2. Mencukur atau memotong rambut anak
  3. Memberikan nama yang mulia untuk anak

Pendapat daripada ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari aqiqah dari segi bahasa bermaksud “rambut yang tumbuh di atas pada kala waktu lahirnya”.

Hukum aqiqah anak lelaki dan hukum aqiqah anak perempuan adalah sunat muakkad – iaitu sunnah yang dituntut  dan digalakkan walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib.

Imam Syafie’ membuat kesimpulan tersebut daripada hadith yang di mana Nabi SAW bersabda:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Aqiqah Anak Perempuan

syarat aqiqah anak lelaki

Secara ringkasnya, aqiqah dilakukan dengan bahagian seperti berikut:

  • 1 ekor kambing untuk anak perempuan
  • 2 ekor kambing untuk anak lelaki
  • Atau pun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.

Bahagian ini adalah daripada hadis riwayat Aisyah berikut

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

1 bahagian lembu bersamaan 1 ekor kambing pula ada disebut oleh al-Khatib al-SYarbini Rahimahullah di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj:

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.

Tetapi, aqiqah bayi lelaki dengan dua ekor kambing bukanlah satu kewajiban. 

Ini kerana Nabi SAW pernah membuat aqiqah untuk cucu Baginda Saidina Hasan RA dan Saidina Husin RA masing-masing dengan seekor kibas.

Adakah non-muslim boleh memakan daging aqiqah?

Untuk itu anda boleh rujuk pada artikel ini.

5 Syarat Sah Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan

syarat aqiqah anak lelaki

Untuk ibu bapa yang mencari syarat sah aqiqah anak lelaki dan perempuan jangan skip bahagian ini.

1. Niat aqiqah

syarat aqiqah anak lelaki

Semasa menyembelih binatang aqiqah, penyembelih perlu berniat aqiqah dengan nama anak yang berkenaan.

Tetapi jika penyembelih terlupa untuk berniat aqiqah dengan nama bayi tersebut, ibadah aqiqah masih diterima sekiranya telah berniat untuk melakukan ibadah aqiqah ke atas anak semasa membeli dan menyembelih. 

Aqiqah tersebut juga sah walaupun anak yang diniatkan itu tiada di lokasi penyembelihan.

2. Binatang ternakan atau aqiqah berkaki empat

syarat aqiqah anak lelaki

Syarat binatang sah adalah binatang berkaki empat yang halal dimakan tanpa kecacatan fizikal dan dalaman. 

Haiwan aqiqah yang dimaksudkan adalah kambing, kerbau, kibas, biri-biri, lembu dan unta.

3. Memenuhi syarat penyembelihan

Ibadah aqiqah sah apabila syarat sah sembelihan diikuti dengan sebaiknya.

Antara syaratnya adalah:

  • Penyembelih beragama Islam, bukan mumayyiz dan bukan dalam keadaan ihram.
  • Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
  • Alat sembelihan yang tajam seperti parang, selain daripada gigi, tulang, kuku, rambut dan tali.

4. Binatang aqiqah adalah sempurna

Selain binatang perlulah berkaki empat dan halal, ia juga harus sempurna dari segi fizikal dan dalaman.

Kecacatan yang menyebabkan haiwan itu tidak sempurna adalah seperti buta sebelah ataupun kedua-dua mata, kaki tempang, mempunyai sebelah telinga atau terlalu kurus dan sakit. 

Haiwan tersebut juga perlulah tidak bunting.

Namun jika bunting, haiwan tersebut bukanlah haram dimakan.

5. Binatang cukup umur

Contoh umur haiwan aqiqah untuk mencukupi syarat aqiqah anak lelaki dan perempuan adalah:

  1. Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  2. Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  3. Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  4. Unta: melebihi lima tahun

Ini pula cara pengagihan daging aqiqah:

  • ⅓ bahagian untuk dimakan sendiri
  • ⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan
  • ⅓ bahagian untuk saudara Islam yang memerlukan

Ini cumalah anggaran sahaja untuk dibahagikan.

Ini berdasarkan kata-kata Aisyah RA:

 “Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).” (Ibn Abi Shaybah)

Ada yang menganjurkan untuk daging aqiqah dimasak manis kerana Nabi SAW sukakan madu – namun ini cumalah sunat, terpulang kepada pihak yang membuat aqiqah untuk menentukan menu apa yang sesuai.

Begitulah syarat sah aqiqah anak lelaki dan perempuan. Bagi anak yang sudah meningkat dewasa, para ulama’ berpendapat ibu bapa boleh membuat korban dan bukan lagi aqiqah.

Hal ini kerana, bagi anak-anak yang sudah dewasa atau baligh, mereka boleh membuat aqiqah sendiri.

Buat anda yang bakal menimang cahaya mata dan mahu membuat aqiqah, carilah sumber yang boleh dipercayai.

Asalkan objektif utama aqiqah terlaksana sudah memadai, iaitu memberikannya kepada golongan yang memerlukan.

Semoga persoalan anda cara aqiqah termasuklah berapa bahagian lembu untuk aqiqah anak lelaki, atau berapa bahagian lembu untuk aqiqah anak perempuan terjawab.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

syarat aqiqah anak lelaki

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

36 COMMENTS

  1. Assalamualaikum..sy nk tanya.akikah utk anak lelaki memang wajib 2 ekor kambing ke.Sy pernah dengar ustaz ckp kalau seekor kambing sudah memadai utk anak lelaki.walau bagaimanapun yg lebih afdal ialah 2 ekor utk anak lelaki.Boleh kah pihak pihak ez qurban berikn penjelasan

  2. Assalammualaikum…saya ingin bertanya, untuk aqiqah bagi anak lelaki..haruskan dilakukan serentak dengan menyembelih 2 ekor kambing atau boleh dilakukan sebanyak 2 kali secara berasingan ? ( 1 ekor penyembelihan pada satu-satu masa sahaja).

    • Wa’alaikumussalam tuan, aqiqah untuk anak lelaki disunatkan 2 ekor kambing, tetapi tidak disyaratkan untuk menyembelih kedua-duanya secara serentak. Boleh saja ia dilakukan secara berasingan masa atau tempat.

  3. Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya.. jika ibu bapa bayi tersebut tidak diaqiqah, boleh kah jika anak nya di aqiqah kan? Saya ingin aqiqah kan anak saya,tetapi saya dan suami masing2 belum aqiqah. Bagaimana ya?

  4. Assalaamu’alaikum,
    Saya ingin bertanya,hukum aqiqah ini adalah sunnat muakkad.Maka Jika semasa kelahiran anak,ibubapa tidak mampu,apakah hukum aqiqah masih tertanggung pada ibubapa atau anak tersebut setelah mampu melakukannya.?
    Sekian terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Azman, jika ibu bapa tidak mampu untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk anaknya, maka gugurlah hukum tersebut iaitu ibu bapa tidak lagi disunatkan kepadanya dan tidak berdosa kerana tidak dapat melakukannya. Dan apabila anak itu sudah dewasa dan mempunyai pendapatan sendiri, maka dia boleh saja lakukan aqiqah untuk diri sendiri.

  5. Assalammualaikum Ustat,
    Nak Bertanya, Sekiranya kita membuat Aqiqah pada sesuatu jamuan dan didatangi sahabat bukan islam, Boleh ker mereka turut serta makan daging aqiqah tersebut.

    • Wa’alaikumussalam Ariff, Daging aqiqah (aqiqah sunat saja) boleh dijamu kepada orang bukan islam, namun ia tidak digalakkan jika lebih ramai komuniti islam di kawasan tersebut. Manakala aqiqah wajib (seperti aqiqah nazar) tidak boleh (haram) diberikan atau dijamu kepada bukan islam.

      Jalan terbaik adalah, tuan rumah perlu sediakan hidangan lain selain daripada menu daging aqiqah tersebut.

    • Daging aqiqah (aqiqah sunat saja) boleh dijamu kepada orang bukan islam, namun ia tidak digalakkan jika lebih ramai komuniti islam di kawasan tersebut. Manakala aqiqah wajib (seperti aqiqah nazar) tidak boleh (haram) diberikan kepada bukan islam.

  6. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya, aqiqah ini boleh dibuat sehingga umur anak berapa ya? Jika ibu bapa mampu buat majlis aqiqah semasa umur anak belasan tahun masih boleh ke?

    • Wa’alaikumussalam Razif, ibadah aqiqah memadai dilakukan seumur hidup sekali. Sunat dilakukan pada hari ke-7, 14 atau 21 hari kelahiran anak. Namun, sekiranya sudah melepasi hari-hari tersebut, masih boleh melakukannya dan tiada dihadkan umur meskipun sudah dewasa, sepertimana yang dinyatakan oleh Syeikh Arshad Al-Banjari dalam kitab Sabil Al-Muhtadin.

  7. Assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya:
    boleh ke buat aqiqah utk 2 org anak sy lelaki (2 bhgian) & perempuan (1bahagian) dalam 1 lembu yang sama?

    • Wa’alaikumussalam nurul bazlin, Ya..boleh dilaksanakan akikah 2 bahagian lembu untuk anak lelaki dan 1 bahagian lembu untuk anak perempuan dalam 1 ekor lembu yang sama.

  8. Assalamualaikum ustaz..sy nak tanya betulkah anak lelaki jika nk akikah lembu perlu ambil 2 bahagian drpd 7 bahagian lembu tersebut?

    • Wa’alaikumussalam Haslina, boleh diakikahkan untuk anak lelaki dengan 2 bahagian lembu sepertimana yang dinisbahkan kepada 2 ekor kambing (mengikut hukum yang asal). Tetapi, ia bukanlah syarat kesempurnaan akikah, justeru memadai juga akikah dengan 1 bahagian lembu sahaja, mengikut kemampuan masing-masing.

      • Maksudnya jika keluarga itu dr golongan B40 kira memadai hanya 1 bahagian lembu sahaja? sebab ada yg maklumkan krn ibu bapa kanak2 tersebut bekerja gov..di kira mampu utk cukupkan 2 bahagian

        • Ye…memadai 1 bahagian lembu sahaja, bergantung atas kemampuan ibubapa tersebut. Tidak semestinya B40 atau bekerja gov. Adakalanya B40 juga mampu lebih dari 1 bahagian atau 1 ekor kambing, jika mereka mempunyai simpanan atau tabungan khas untuk laksanakan akikah.

  9. Nk tanya,kalau kita tlupa kita sudah buat ke blum aqiqah ni dan kuta buat lg skali boleh tak,?

    • Boleh, tiada halangan untuk kita mengulangi pelaksanaan ibadah aqiqah tersebut, malah ia menambah pahala yang berlipat ganda.

  10. Maksudnya jika keluarga itu dr golongan B40 kira memadai hanya 1 bahagian lembu sahaja? sebab ada yg maklumkan krn ibu bapa kanak2 tersebut bekerja gov..di kira mampu utk cukupkan 2 bahagian

    • Ye…memadai 1 bahagian lembu sahaja, bergantung atas kemampuan ibubapa tersebut. Tidak semestinya B40 atau bekerja gov. Adakalanya B40 juga mampu lebih dari 1 bahagian atau 1 ekor kambing, jika mereka mempunyai simpanan atau tabungan khas untuk laksanakan akikah.

  11. Assalamualaikum ustaz, maksudnya anak yg dh berusia 16 tahun pun ibu bapa masih boleh buat aqiqah.. sbb masa dia bayi tu tak mampu nak buat.

    • Wa’alaikumussalam Johara, ye..ibu bapa masih boleh lakukan Aqiqah untuk anaknya meskipun anak telah meningkat dewasa. Tetapi jika anak sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, maka dia juga boleh lakukan Aqiqah untuk diri sendiri.

  12. Saya nak buat aqiqah cucu saya.semasa majlis walimatul urus.secara x langsung saya akan menerima sumbangan dari jemputan, adakah dibolehkan?

    • Boleh, tiada masalah jika dilakukan aqiqah bersama dengan majlis walimatul urus. daging2 aqiqah juga harus dijadikan juadah pada majlis walimah tersebut.

  13. Assalamualaikum Ust ..
    Ada pertanyaan drp sahabat saya ni..
    Tapi saya kurang arif untuk memberi penceraham..
    Katanya “betul ke anak luar nikah tidak dibolehkan untuk buat aqiqah untuk nya. Ni akak terbaca dlm satu tulisan”
    Mohon pencerahan AlFadhil Ustaz..
    Syukran..

    • Wa’alaikumussalam Asmah, tiada dalil khas yang melarang untuk melakukan aqiqah ke atas anak luar nikah, bahkan anak tersebut juga mempunyai hak untuk diaqiqahkan oleh penjaganya.

  14. Assalamualaikum, jika korbankan dua ekor kambing untuk anak lelaki , bolehkah seekor kambing dibayar oleh bapa dan seekor kambing di sedekahkan oleh pihak lain ? Ataupun kedua2 ekor kambing mesti dibayar oleh bapa ?

    • Wa’alaikumussalam Shah, boleh dan tiada masalah. Sesiapa saja boleh menaja atau membuat pembayaran korban mahupun akikah untuk orang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN