Kalau Betul Syaitan Diikat, Kenapa Masih Buat Dosa?

“Kalau betul syaitan dirantai pada bulan Ramadan, mengapa masih ada orang buat jahat pada bulan itu?”

Satu soalan yang sering ditanya menjelang bulan Ramadan. 

Malah ada juga yang bertanya, mengapa masih ada kejadian gangguan makhluk halus?

Telusuri jawapannya di sini.

Syaitan Dirantai Atau Tidak

Syaitan Dirantai

Soalan tersebut mungkin timbul kerana hadis ini:

 Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

Riwayat al-Bukhari, no. 1899

Namun untuk menjawab persoalan ini, kami telah merujuk daripada laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan yang menjelaskan; al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani:

…Berdasarkan sebahagian pandangan, yang dimaksudkan syaitan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang (bukan semua syaitan). Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim… (sebagaimana di atas).

 Lihat Fath al-Bari: 4/114

Selain daripada itu, salah satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah telah menyatakan:

بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ

Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” 

Lihat Sahih Ibn Khuzaimah: 1/188

Syeikh Anwar al-Kashmiri juga telah merujukkan “Dibelenggu syaitan” yang disebut menurut sisi riwayat Tirmidzi adalah jin yang ganas. Bukanlah kesemuanya dirantai. (Faidh al-Bari ‘ala Sahih al-Bukhari: 3/327)

Imam al-Qurtubi pula telah berpendapat yang dinukilkan Imam Ibn Hajar al-’Asqalani:

“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” 

Lihat Fath Al-Bari 4/114

Ringkasan Sama Ada Syaitan Dirantai Atau Tidak:

Syaitan Dirantai
  1. Hanya sebahagian syaitan yang diikat.
  2. Ada yang merujuk sebahagian syaitan sebagai kepala (ketua) syaitan.
  3. Sebahagian syaitan ini termasuklah yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ).
  4. Jadi syaitan yang lain masih bebas.
  5. Tetapi ini juga bermakna syaitan tidak bebas untuk mengganggu orang yang beriman.

Adakah jawapan kepada soalan ini jelas?

Merujuk daripada apa yang dijelaskan, cara untuk mengelakkan gangguan syaitan adalah dengan beribadah sesungguhnya.

Cara Mengelakkan Gangguan Syaitan Pada Bulan Ramadan

Syaitan Dirantai

Walaupun sebahagian lagi tidak diikat, anda cara untuk anda menangkis gangguannya.

  1. Memperbanyakkan ibadah sunnah
Syaitan Dirantai

Bulan Ramadan adalah lubuk pahala orang yang beriman.

Tahukah anda, seawal malam pertama Ramadan pahala akan mula didaftarkan atas nama anda sekiranya anda berbuat kebajikan?

Nabi pernah bersabda:

Apabila tiba malam pertama Ramadan, seruan (dari langit) menyeru: ‘Wahai orang yang ingin berbuat kebajikan, teruskanlah (mara berbuat kebajikan). Wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah SWT melepaskan ramai orang dari neraka.’ Seruan itu dibuat setiap malam.” 

HR Tirmizi

  1. Berpuasa dengan sebenar-benarnya
Syaitan Dirantai

Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga berpuasa daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa.

Menjaga pandangan, menjaga tangan, menjaga hati yang sebelum ini berasa lebih bebas. Kini perlu ditahan.

Seeloknya apa yang pernah ditahan itu kekal ditahan walaupun bukan pada bulan Ramadan.

Malah puasa yang mabrur (diterima) adalah berterusan melakukan ketaatan tersebut.

  1. Menjaga perlakuan
Syaitan Dirantai

Hati-hati, bulan puasa sememangnya semua umat Islam menahan lapar. 

Kelaparan selalunya mengeluarkan sifat-sifat yang tidak elok dalam diri sesiapa sahaja.

Tidak bersabar, mengeluarkan kata-kata yang kasar dan lain-lain perlakuan sudah dianggap ‘normal’ sekiranya sedang menahan lapar.

Pada bulan Ramadan mulia, marilah latih diri untuk menjaga tutur kata, memupuk sifat sabar dan empati kepada orang yang lain.

Itu merupakan sebahagian daripada cara untuk menjaga diri daripada gangguan syaitan. 

Walaupun cuma sebilangan syaitan yang diikat pada bulan Ramadan, janganlah kita memberikan kemenangan mudah kepada hasutan mereka.

Jom tambah pahala pada bulan Ramadan:

  1. Berqiyamul Lail Bersama Keluarga Di Rumah
  2. Iktikaf di masjid
  3. Bersedekah 
  4. Beribadah pada setiap malam terutamanya 10 malam terakhir
  5. Banyakkan zikir dan istighfar
  6. Membaca al-Quran
  7. Memberi makanan kepada mereka yang berbuka.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bulan Ramadan ini, kita dapat menambah pahala dan menghapuskan dosa.

Untuk pengetahuan, Ramadan 2022 akan jatuh pada 3 April 2022. Selamat berpuasa!

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN