[SIRI QURBAN FAQ 3] QURBAN VS AQIQAH

0
723

faq 3

Apakah beza antara Qurban dan Aqiqah?
Bolehkah Aqiqah dilaksanakan selain dari musim Qurban?

Memang inilah dua persoalan yang paling kerap bermain diminda masyarakat kita. Terutama mengenai persoalan pelaksanaan Aqiqah diluar musim Qurban.

Ini kerana ada yang beranggapan Aqiqah hanya boleh dilaksanakan pada musim Qurban. Sejauh mana kebenarannya?

Maksud Qurban dan Aqiqah

Seperti yang telah diterangkan dalam Qurban FAQ 1, QURBAN secara ringkasnya adalah satu ibadah menyembelih haiwan ternakan yang tertentu untuk tujuan “mendekatkan diri” kepada Allah.

AQIQAH pula secara umumnya adalah menyembelih binatang ternakan tertentu pada hari mencukur rambut bayi sebagai tanda bersyukur atas nikmat anak yang dikurniakan Allah.

Ia berdasarkan Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah;

“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama”

Pelaksana dan Hukum Pelaksanaan.

Pelaksana Qurban adalah setiap muslim yang telah baligh. Sekiranya mampu laksanakanlah setiap tahun. Manakala Aqiqah adalah ibubapa kepada setiap anak yang diaqiqahkan.

Hukum keduanya adalah Sunat Muakkad. Ertinya sunat yang amat dituntut.

Pelaksanaan.

Pelaksanaan ibadah Qurban terhad pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) sahaja.

Manakala Aqiqah amat dituntut untuk dilaksanakan pada HARI KETUJUH kelahiran bayi, sepanjang tahun.

Maka jelaslah disini bahawa pelaksanaan Aqiqah tidak terikat pada musim Qurban sahaja. Tetapi, pelaksanaannya pada musim Qurban tidaklah menjadi masalah.

SILAKAN SHARE.

‪#‎Korban2016‬
‪#‎JomKorbanBersamaEZQurban‬

Ada sebarang persoalan mengenai Qurban dan Aqiqah? Ajukan diruangan komen…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.