[SIRI QURBAN FAQ 2] APAKAH HUKUM MELAKSANAKAN QURBAN?

0
724

faq 2

Ada yang kata Qurban ni wajib buat sekali je seumur hidup. Lepas tu dah tak payah buat. Betul ke macam tu?

Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah SUNAT MUAKKAD bagi individu yang berkemampuan. Sunat Muakkad bermaksud Sunat yang amat dituntut pelaksanaannya dan MAKRUH meninggalkannya bagi yang berkemampuan.

Pandangan ulama MAZHAB SHAFI’I adalah SUNAT ‘AIN bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup.

Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama MAZHAB MALIKI pula adalah MAKRUH MENINGGALKANNYA bagi mereka yang mampu.

Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan QURBAN NAZAR maka hukum melaksanakannya adalah WAJIB.

Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Safat ayat 107.

Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.

Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban, JAKIM.

Jom laksanakan Qurban!

‪#‎Qurban2016‬
‪#‎JomQurbanBersamaEZQurban‬

SILAKAN SHARE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.