[SIRI QURBAN FAQ 1] APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN IBADAH QURBAN?

0
605

faq 1

Pejam celik pejam celik… Dah nak masuk musim Qurban. Qurban FAQ Siri 1 mengajak anda untuk sama-sama ‘refresh’ apakah yang dimaksudkan dengan ibadah qurban ni?

Secara ringkasnya, ibadah Qurban bermaksud sembelihan binatang tertentu yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan Hari-hari Tasyriq berikutnya (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban dan Aqiqah yang dikeluarkan JAKIM pula, Qurban bermaksud nama bagi sesuatu yang dikorbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada ‘Idul Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (Mendekatkan diri) kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.

Hukum melaksanakan Qurban adalah Sunat Muakkad yang bermaksud Sunat yang amat dituntut.

Sepertimana ibadah tahunan yang lain, meninggalkan Qurban walau dengan satu bahagian pada tahun tersebut amatlah rugi dan perlu menunggu tahun akan datang untuk menunaikannya sekiranya berkesempatan.

Jom laksanakan Qurban!

‪#‎Qurban2016‬
‪#‎JomQurbanBersamaEZQurban‬

JEMPUT SHARE!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.