Sinis Tok Kam Versi 2

0
546

tok kam 3

Fidyah : GANDAAN VS TANPA GANDAAN

==================================================

Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas seseorang yang meninggalkan puasa wajib ( Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau sengaja melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Persoalannya, di sini ialah, jika sekiranya seseorang itu menangguhkan membayar fidyah, adakah ia akan menjadi berganda?

Jawapan ringkasnya ialah, fidyah tidak berganda. Dalam hal ini kami berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 januari 2001 iaitu:

” Bahawasanya pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie”.

Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah secara berganda, maka ianya boleh diterima dan perkara ini adalah sangat digalakkan kerana ia bertepatan dengan pendapat yang terkuat di dalam mazhab As-Syafie.

Namun bagi mereka yang tidak berkemampuan ( dari sudut kewangan ) untuk membayar fidyah secara berganda, maka boleh juga membayar fidyah tanpa gandaan sepertimana, hanbali dan sebahagian pendapat dalam mazhab syafie.

Wallahu A’lam.

#BuletinEZQ

#EdisiMay

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.