SINIS TOK KAM VERSI 1

0
632

SINIS TOK KAMBING 1

Persepsi: Akikah vs Walimatul ‘urus

==================================================

Dewasa ini, peruntukan (belanja) perkahwinan atau walimatul ‘urus mencapai sehingga RM30,000 yang menyamai harga 30 ekor kambing di Malaysia yang berharga RM1,000 setiap ekor. Walhal merujuk kepada hadith yang bermaksud:

Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini?” Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.” Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing”.(HR Muttafaqun alaih)

Telah menjadi budaya di dalam masyarakat Islam Malaysia yang berbelanja besar sehingga sanggup berhutang puluhan ribu ringgit semata-mata untuk majlis walimatul ‘urus. Bebanan masalah hutang yang menggunung selepas perkahwinan terpaksa ditanggung dek kerana inginkan kemegahan Majlis Raja Sehari. Tidak menjadi kesalahan jika mampu.pernah tak kita terfikir, kita berkahwin dengan orang yang kita tak kenal asal-usul sanggup habis ribuan ringgit untuk yang bukan darah daging kita tetapi dengan anak sendiri kita berkira untuk akikahnya. Walhal anak itu akan menjadi pewaris kita, yang membantu kita dan mungkin yang akan mendoakan kita (anak soleh).

Apabila Allah kurniakan zuriat, tidak pula beria (teruja) mengakikahkan anak dengan seekor kambing (perempuan) atau dua ekor kambing (lelaki) yang mana pelaksanaannya amat-amat dituntut pada hari ke-7 kelahiran anak. Kosnya hanya sekitar RM2,000 untuk dua ekor kambing di Malaysia.

Di mana rasa kesyukuran kita dikala Allah memberikan kita rezeki yang tidak berbelah bagi iaitu nasab keturunan (zuriat)? Di kala pasangan lain menanti dengan penuh sabar sehingga bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat yang pertama, ibubapa yang sudah mempunyai zuriat ini terus leka dengan persiapan menyambut kelahiran anak, tetapi lupa akan persediaan untuk anak yang bakal lahir dengan pendekatan akikah. Kenapa akikah? Kerana akikah merupakan titik permulaan dalam mencorak hidup anak-anak dengan mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan yang menghidupkan yang mati dan mengadakan yang tiada.

#BuletinEZQ
#EdisiMac

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.