SINIS TOK KAM: MAKNA SEBENAR KORBAN.

0
654

makna korban jpeg

 

                    Apakah makna korban pada dirimu?

Saban tahun kita meraikan hari raya Aidiladha dgn mengambil peluang berkorban samaada di kampung halaman atau di kota. Ibadah korban adalah amalan yang sangat dicintai oleh Allah berdasarkan hadith yang bermaksud:

Daripada Aisyah R.Anha Nabi Muhammad SAW bersabda: Tiada amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu. (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim)

Tetapi tahukah kita apa makna sebenar korban yang kita lakukan ini?

Adakah haiwan yang disembelih bermaksud untuk memberi makan orang-orang kampung dan fakir miskin semata-mata?

Korban itu membawa maksud haiwan ternakan yang disembelih pada hari Nahar dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah SWT. Taqarrub dari segi bahasa ialah mendekatkan. Ini bermaksud korban yang kita lakukan hanya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan kata lain memohon redha Allah. Sebelum ini kita sering lalai akan tanggungjawab kita kepada Pencipta. Inilah salah satu peluang yang Allah berikan kepada hamba-Nya untuk lebih dekat kepada-Nya.

Jangan salah faham bahawa korban ini bukan hanya untuk memberi makan kepada golongan fakir dan miskin semata-mata. Bayangkan jika tiada golongan, adakah kita tak perlu melaksanakan korban lagi? Bahkan ada makna yang lebih besar disebaliknya.

Jika semata-mata memberi makan orang fakir dan miskin, bukanlah waktu raya korban sahaja mereka memerlukan, bahkan hari-hari lain juga mereka dalam kesempitan.

Renung-renungkan.

Wallahu’alam.

hakcipta ezqurban.makna korban

http://www.ezqurban.org/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.