SINIS TOK KAM: HARI KESEMPURNAAN ISLAM.

0
650

 

gg

 

Aidiladha: Hari Kesempurnaan Islam

Ramai yang tidak maklum bahawa Hari Raya Aidiladha merupakan hari ulang tahun sempurnanya agama Islam. Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud:

“….. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu….”

Ayat ini merupakan ayat al-Quran yang terakhir diturunkan semasa Rasulullah melaksanakan ibadah haji (haji terakhir Rasulullah). Dengan turunnya ayat ini, maka telah sempurnalah penurunan wahyu dan telah sempurnalah agama Islam. Maka sesuailah kita menggelarkan Aidiladha merupakan Hari Kesempurnaan Agama Islam. Setiap tahun kita raikan hari kesempurnaan Islam ini, tetapi apa hadiah yang terbaik untuk agama kita ini? Sudah pasti amalan yang dicintai Allah semasa Aidiladha iaitu ibadah korban.

Contohnya, jika ulang tahun pasangan, majikan atau anak-anak tidak dilupakan dengan memberi hadiah yang istimewa, kenapa kita lupa atau buat-buat lupa untuk mempersembahkan hadiah (korban) untuk Al-Khaliq?

Bukankah Dia yang menyempurnakan agama kamu? Agama yang kita canang-canangkan sebagai agama yang disayangi. Apa yang kita telah buat tanda kita sayang agama kita?

Adakah keluarga atau majikan kamu lebih bermakna dari agama kamu dan tuhan kamu?

Fikir-fikirkanlah.

Allah bukan memandang korban yang kamu sembelih, tetapi Allah pandang apa yang sanggup kamu korbankan untuk dipersembahkan (ketaqwaan) kepada-Nya.

Wallahu’alam

HAKCIPTA EZQURBAN: HARI KESEMPURNAAN ISLAM

http://www.ezqurban.org/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.