Siapa bertanggungjawab melakukan akikah untuk kanak-kanak?

0
620

 

Orang yang disunatkan mengerjakan akikah kanak-kanak(bayi) ialah orng yang wajib menafkahkannya iaitu penjaganya mengikut kemampuannya. Oleh itu, hendaklah dilakukan akikah kanka-kanak itu daripada harta penjaga tadi,TIDAK BOLEH menggunakan harta kanak-kanak itu. Jika dilakukan akikah dengan harta kanak-kanak itu, hendaklah dibayar semula (dikira hutang).

[read more=”Read more” less=”Read less”]

Jika penjaga (bapa) tidak mampu bagaimana?

Tidak disunatkan bagi seseorang (bapa) melakukan akikah melainkan dia berkemampuan seperti dalam bab membayar zakat fitrah.

Si ibu disunatkan melakukan akikah untuk anaknya jika si bapa papa atau miskin.

 

Boleh tak datuk kanak-kanak itu melaksanakan akikah untuk cucunya?

Jika ibu bapa bayi itu papa, maka sunat bagi datuknya yang kaya melakukan akikahnya kerana Nabi SAW melakukan akikah untuk cucunya; Hasan dan Husain.

Daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW telah mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain masing-masing seekor kibasy

 

Wallahu a’alam..[/read]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.