Selamat Datang Bulan Kemuliaan

0
555

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, (telah) diwajibkan ke atas kamu berpuasa (di bulan Ramadan) sebagaimana telah diwajibkannya ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”.

Puasa merupakan suatu perbuatan menahan diri daripada makan dan minum serta perbuatan lain yang dapat mengenyangkan dan memuaskan hawa nafsu bermula daripada fajar (waktu subuh) sehingga terbenamnya matahari (waktu maghrib). Selain itu, puasa bukan hanya menahan diri daripada memenuhi segala kehendak hawa nafsu, malah ia mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia.

Bahkah tujuan utama berpuasa ialah semata-mata untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, dengan cara memperbanyakkan amal ibadah ketika sedang berpuasa di siang hari Ramadan, dan juga ibadah-ibadah lain di malam hari. Semua amalan ini dilakukan hanyalah semata-mata mengharapkan ganjaran pahala di sisi Allah SWT

Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa (di bulan Ramadan) dengan keimanan dan ihtisab (mengharapkan pahala dari Allah), maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR. Bukhari: 38)

Sebab turun ayat 183 (Asbab An-Nuzul):

“Diriwayatkan daripada Saiyidina Mu’adz bin Jabal R.A berkata: berkenaan dengan ibadah puasa, sesungguhnya ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah (pada awal hijrah) beliau berpuasa (wajib) tiga hari pada setiap bulan (puasa hari putih, iaitu 13, 14, 15 bulan hijrah) dan puasa hari ‘asyura (hari kesepuluh bulan Muharram) kerana baginda mendapati orang-orang yahudi juga turut berpuasa pada hari tersebut. Kemudian, Allah SWT memfardhukan ke atasnya ibadah puasa, maka turunlah ayat 183 Surah Al-Baqarah”. (HR. Imam Ahmad: 21107 dan Al-Hakim: 3085)

Fakta Sejarah (ringkas):

  • Puasa Ramadan difardhukan pada 10 haribulan Sya’ban, tahun kedua hijrah.
  • Ibadah puasa ini telah diamalkan dikalangan umat Islam terdahulu dan ahli kitab sezaman dengan Nabi SAW.
  • Peperangan Badar Al-Kubro berlaku pada 17 Ramadhan, 2H
  • Pembukaan Kota Mekah berlaku pada 10 Ramadhan, 8H
  • Peperangan Tabuk berlaku pada tahun 9H.

Hikmah pensyariatan:

  • Melemahkan dan menundukkan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
  • Mendisiplinkan diri agar sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT pada setiap waktu.
  • Membentuk sifat tawaduk dan rendah hati.
  • Mengajar erti bersyukur dan bersabar.
  • Mengubati penyakit rohani dan jasmani.
  • Diet pemakanan yang sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.