Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban

Sebelum kita huraikan sejarah pensyariatan Ibadah Qurban dengan lebih mendalam, kita perlulah mengetahui maksud Qurban itu terlebih dahulu.

Ibadah Qurban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilaksanakan pada hari raya Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari tasyriq berikutnya iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sejarah Ibadah Qurban

Mungkin ada diantara kita yang masih tertanya-tanya bagaimana mulanya ia disyariatkan kepada umat islam.

Oleh hal yang demikian, kami akan kongsikan mengapa sebab adanya Ibadah Qurban dan apa peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa dahulu yang menjadi asbab ia disyariatkan.

Berdasarkan kisah Nabi Ibrahim yang tidak mempunyai zuriat selama 86 tahun, maka Nabi Ibrahim pun memanjatkan doa kepada Allah agar dikurniakan zuriat.

Tidak lama kemudian Allah memakbulkan doa Nabi Ibrahim. Allah mengurniakan seorang putera kepada Nabi Ibrahim yang diberi nama Ismail (Nabi Ismail A.S).

Suatu malam, Nabi Ibrahim mendapat mimpi yang merupakan perintah daripada Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail. Nabi Ibrahim pun akur dan melakukan pengorbanan terbesar dengan mengorbankan anaknya sendiri seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Lalu, Nabi Ibrahim terus memberitahu anaknya Nabi Ismail tentang mimpinya itu. Tanpa berlengah, Nabi Ismail turut akur dan bersetuju dengan perintah Allah sebagaimana yang diberitahu ayahnya.

Nabi Ibrahim melaksanakan sembelihan tersebut tetapi gagal setelah beberapa percubaan. Leher Nabi Ismail sedikit pun tidak terluka dengan izin Allah.

Kemudian Malaikat Jibril muncul bersama seekor Kibas sebagai pengganti berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al-Soffat ayat 107 yang bermaksud:

“Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibas) yang besar”.

Sejarah Yang Anda Perlu Tahu

Berdasarkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, maka Allah telah mensyariatkan Ibadah Qurban kepada umat Islam.

Ianya berdasarkan firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar: 2)

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ

“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.” (Surah Al-Hajj: 34)

Hukum melaksanakan Ibadah Qurban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat Qurban.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN