Adakah Sedekah Subuh Pembuka Pintu Rezeki?

Sedekah adalah satu amalan yang sangat baik dan mulia. Namun sejak akhir-akhir ini, semakin ramai yang menyebut tentang sedekah subuh. Apakah itu sedekah subuh?

Mari menelusuri jawapannya dalam artikel ini.

Jenis-jenis sedekah

Yayasan Ez Prihatin bekerjasama menyumbang tenaga membantu mangsa banjir Disember 2021

Jika ingin diikutkan, terdapat pelbagai jenis sedekah yang ada. Tidak terhad kepada pemberian duit semata-mata. Tetapi ada juga sedekah yang melibatkan material lain seperti tenaga kerja, barangan dan lain-lain.

Oleh sebab itu, ramai yang suka bersedekah kerana ianya tidak terhad kepada satu perlakuan. 

Sesuai dengan surah al-Hadid ayat 18;

اِنَّ الْمُصَّدِّقِيْنَ وَالْمُصَّدِّقٰتِ وَاَقْرَضُوا اللّٰهَ قَرْضًا حَسَنًا يُّضٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ اَجْرٌ كَرِيْمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.” 

Surah Al-Hadid ayat 18

5 Jenis Sedekah Selain Daripada Sedekah Subuh

Pembinaan perigi di Kemboja oleh Ez Fadaa

  1. Sedekah Khofiyyah: Ianya bermaksud sedekah yang disembunyikan. Atau ia juga dipanggil sedekah rahsia. Caranya mudah, sedekah tanpa mempamerkan di mana-mana platform, ikhlas dan hanya semata-semata untuk redha Allah.
  1. Sedekah Dalam Keadaan Sihat: Sesuai dengan namanya, sedekah ini diberikan ketika sedang sihat. 

Terdapat sebuah hadis sahih Abu Hurairah RA berkata: 

“Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”.

Baginda telah menjawab:

“Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” 

Hadis Riwayat Al-Bukhari

  1. Sedekah Harta Yang Terlebih: Sedekah ini dilakukan apabila harta yang dimiliki melebihi daripada cukup dan disedekahkan lebihan harta tersebut.

Allah SWT berfirman daripada ayat al-Baqarah yang membawa maksud:

“…dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka infakkan. Katakanlah, “Yang lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir.”

 Surah al-Baqarah ayat 219.

  1. Sedekah Mengikut Kemampuan: Sedekah ini adalah mengikut kemampuan seseorang itu untuk menyumbang.

Rasulullah pernah bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah yang sesuai dengan kemampuan. Dan dahulukan orang-orang yang menjadi tanggunganmu.” 

Hadis Riwayat Abu Dawud

  1. Sedekah kepada keluarga: Sedekah ini antara yang perlu diutamakan.

Hadis Imam Muslim ada menyebut, Rasulullah SAW menjelaskan:

“Ada empat macam dinar (harta dan penggunaannya). Satu dinar engkau berikan kepada orang miskin, satu dinar engkau belanjakan untuk membebaskan hamba sahaya, satu dinar engkau infakkan di jalan Allah, dan satu dinar lagi engkau nafkahkan kepada keluargamu. Yang paling utama dari keempatnya adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.”

Hadis Riwayat Muslim

Hadis Atau Dalil Sedekah Subuh

Pemberian fidyah beras melalui Ez Fidyah

Pertama sekali, adakah dalil yang mengatakan sedekah yang baik disebut pada waktu-waktu tertentu?

Dalil yang digunakan sebagai sandaran mungkin daripada sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”

Manakala malaikat kedua berkata:

“Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”

Riwayat Al-Bukhari (1442), Muslim (1010)

Oleh sebab itu, hadis ini memberi gambaran kepada sedekah subuh.

Namun jika diperhatikan, sebenarnya tiada sebarang petanda atau ayat yang nyata mengatakan perbuatan bersedekah yang dihadiskan dilakukan pada waktu subuh.

Tiada sebarang ayat yang nyata mengkhususkan perbuatan sedekah itu perlu dilakukan pada waktu subuh melalui hadis itu.

Sebenarnya ayat tersebut memberi sandaran supaya untuk bersedekah pada bila-bila masa baik subuh, petang atau malam.

Jika ditanya pula bilakah waktu sesuai sedekah subuh, ini jawapan kami:

Sesuai dengan namanya sedekah, tidak kiralah anda bersedekah harta benda, kudrat tenaga atau apa sahaja, asalkan sedekah itu ikhlas, samada pada siang hari atau malam insya-Allah akan diberikan ganjaran.

Sumber gambar Ez Fidyah

Jelaslah tiada waktu khusus untuk bersedekah. Anda boleh bersedekah pada bila-bila masa. Sedekah adalah pembuka kepada rezeki. Tidak semestinya anda boleh bersedekah wang sahaja.

Anda juga bersedekah dalam bentuk tenaga kerja, barangan dan lain-lain yang boleh digunakan oleh mereka yang memerlukan.

Dalam erti kata lain, gunakanlah sedekah untuk berbakti kepada jalan yang diredhai Allah.

Firman Allah ada membawa maksud:

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” 

Surah al-Munaafiquun ayat 10

Walaupun tidak ditetapkan waktu khusus untuk bersedekah seperti sedekah Subuh, amalan bersedekah tetap digalakkan.

Artikel Berkait: 8 Kelebihan Bersedekah Yang Disebut Di Dalam Al-Quran & Hadis

______

Jangan lepaskan peluang bersedekah di waktu subuh dan niatkan juga pahalanya kepada kedua ibu bapa kita.

Sedekah Subuh Anda Bantu Rumah Anak Yatim yang Terputus Bekalan Makanan.

Klik > ezy.la/kitakongsi

📌AKAUN: Maybank (Yayasan EZ Prihatin)

📌NO. AKAUN: 562405633644

📌RUJUKAN: “KITAKONGSI”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN