[QURBAN FAQ 5] NAK BUAT KORBAN KE AQIQAH DULU?

0
508

faq 5

 

[QURBAN FAQ 5] NAK BUAT KORBAN KE AQIQAH DULU?

SOALAN: Ustaz, saya berumur 30 tahun dan saya belum di-aqiqah-kan oleh parents saya. So, mana yang lebih utama untuk saya, Aqiqah atau Qurban?

Soalan-soalan sebegini semakin banyak kami terima sejak kebelakangan ini. Ikuti kupasan Ustaz Amirul selaku Pegawai Syariah kami mengenai hal ini.

=====================

Dalam hal ini, terdapat dua (2) situasi yang boleh kita rungkaikan permasalahan ini.

1. Dari segi tuntutan: Sudah semestinya Ibadah Aqiqah yang perlu diutamakan. Bahkan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Aqiqah ke atas anaknya. Tetapi, jika sekiranya si anak sudah dewasa (baligh), maka dia boleh melaksanakan Aqiqah untuk dirinya sendiri.

2. Dari segi waktu: Apabila menjelang masuknya bulan ZULHIJJAH, dan telah hampir kepada waktu Korban, maka lebih utama melaksanakan Ibadah korban terlebih dahulu kerana waktu pelaksanaannya pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala Aqiqah pula boleh dilaksanakan bila-bila masa. JIKA BERKEMAMPUAN, boleh laksanakan kedua-duanya sekali.

Wallahu A’lam…

=====================

Dah jelas kan sekarang? SILAKAN SHARE

#KorbanBersamaEZQurban

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.