Puasa selain ramadhan

0
607

Semperna bulan ramadhan 1437hijrah ini, mari kita bincangkan mengenai jenis-jenis puasa, kita sedia maklum bahawa Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan untuk semua umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Tetapi ada juga hari yang diharamkan untuk berpuasa, ada hari yang makruh berpuasa dan ada juga hari yang sunat berpuasa. Bilakah hari-hari tersebut??

Pengertian Puasa

Secara bahasa, puasa atau shaum dalam bahasa Arabnya bererti menahan diri dari segala sesuatu. Jadi, puasa itu ialah menahan diri dari segala perkara seperti makan, minum, mengumpat dan menahan nafsu syahwat, dll. Sedangkan secara istilah, puasa ialah menahan diri dari segala sesuatu yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam. Dalam Al-qur’an surat Al-Baqoroh ayat 187 menerangkan tentang kewajipan berpuasa.

PUASA WAJIB

Yang Termasuk kedalam puasa wajib ini diantaranya :
a. Puasa Ramadhan
Puasa Ramadhan adalah puasa wajib yang dikerjakan bagi setiap muslim pada bulan Ramadhan selama sebulan penuh.

Allah SWT berfirman:

Yang artinya:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agara kamu bertaqwa. (Q.S. Al-Baqarah[2]: 183).

Puasa Ramadhan juga termasuk dalam rukun Islam, sebagaimana tersebut dalam hadits Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a:

“Didirikan agama Islam itu atas lima dasar iaitu bersaksi bahwa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan melaksanakan haji ke Baitullah bagi yang mampu melaksanakan” (H.R. Bukhari dan Muslim).

b. Puasa Nazar
Nadzar secara bahasa bererti janji. Puasa nadzar adalah puasa yang disebabkan kerana janji seseorang untuk mengerjakan puasa. Misalnya, pelajar sekolah berjanji jika dapat nombor 1 dalam peperiksaan dia akan berpuasa 3 hari berturut-turut, maka apabila dia dapat nombor 1 dalam peperiksaan dia wajib mengerjakan puasa 3 hari berturut-turut yang sepertia yang dijanjikan.

Berkaitan dengan puasa nazar, Rasulullah saw pernah bersabda:
Barangsiapa bernadzar akan mentaati Allah (mengerjakan perintahnya), maka hendaklah ia kerjakan. (H.R. Bukhari)

c. Puasa Kafarat
Kafarat berasal dari kata dasar kafara yang artinya menutupi sesuatu. Puasa kafarat secara istilah ertinya adalah puasa untuk mengganti denda yang wajib ditunaikan yang disebabkan oleh suatu perbuatan dosa, yang bertujuan menutup dosa tersebut sehingga tidak ada lagi pengaruh dosa yang diperbuat tersebut, baik di dunia maupun di akhirat.

 

jenis puasa 3

 

2) Puasa Sunnah

a. Puasa enam hari di bulan Syawal.
Baik dilakukan secara berturutan ataupun tidak.
Rasulullah saw bersabda, yang ertinya: Keutamaan puasa ramadhan yang diiringi puasa Syawal ialah seperti orang yang berpuasa selama setahun (HR. Muslim).

b. Puasa sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah
Bermaksud puasa di sembilan hari yang pertama dari bulan ini, tidak termasuk hari yang ke-10. Kerana hari ke-10 adalah hari raya Qurban dan diharamkan untuk berpuasa.

c. Puasa hari Arafah
Iaitu puasa pada hari ke-9 bulan Dzuhijjah. kelebihanya, akan dihapuskan dosa-dosa pada tahun lalu dan dosa-dosa pada tahun yang akan datang (HR. Muslim). Yang dimaksud dengan dosa-dosa di sini adalah khusus untuk dosa-dosa kecil, kerana dosa besar hanya boleh dihapuskan dengan jalan bertaubat.

d. Puasa Muharram
Iaitu puasa pada bulan Muharram terutama pada hari Assyura. Keutamaannya puasa ini, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari, yakni puasa di bulan ini adalah puasa yang paling utama setelah puasa bulan Ramadhan.

e. Puasa Assyura
Hari Assyura adalah hari ke-10 dari bulan Muharram. Nabi salallahu ‘alaihi wasssalam memerintahkan umatnya untuk berpuasa pada hari Assyura ini dan mengiringinya dengan puasa 1 hari sebelum atau sesudahnya. Hal ini bertujuan untuk membezakan umat islam dengan umat Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada hari ke-10. Keutamaan, akan dihapus dosa-dosa (kecil) di tahun sebelumnya (HR. Muslim).

f. Puasa Sya’ban.
Yang dimaksud puasa Sya’ban adalah memperbanyakan puasa pada bulan Sya’ban. Keutamaan, Bulan ini adalah bulan di mana semua amal diangkat kepada Rabb semesta alam (HR. An-Nasa’i & Abu Daud, hasan).

g. Puasa Isnin dan Khamis.
Nabi telah menyuruh ummatnya untuk puasa pada hari Isnin dan Kamis. Hari Isnin adalah hari kelahiran Nabi Muhammad sedangkan hari Khamis adalah hari di mana ayat Al-Qur’an untuk pertama kalinya diturunkan. Perihal hari isnin dan Khamis, Rasulullah juga telah bersabda:
“Amal perbuatan itu diperiksa pada setiap hari Isnin dan Khamis, maka saya selesa diperiksa amal perbuatanku, sedangkan saya sedang berpuasa. (HR Tirmidzi)

h. Puasa Tengah Bulan (tiga hari setiap bulan Qamariyah).
Disunnahkan untuk melakukannya pada hari-hari putih (Ayyaamul Bidh) yaitu tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan qamariyah.

i. Puasa Dawud.
Cara mengerjakan puasa nabi Dawud adalah dengan sehari puasa sehari tidak puasa, atau selang-seling. Puasa nabi Dawud adalah puasa yang paling disukali oleh Allah swt. (HR. Bukhari-Muslim).

 

jenis puasa 2

 

3) Puasa Makruh

Bilakah puasa hukumnya makruh? Puasa yang makruh dilakukan adalah puasa pada hari Jumat dan Sabtu yang tidak bermaksud mengqadha’ Ramadhan, membayar nadzar atau kafarat, atau tidak diniatkan untuk puasa sunnah tertentu. Jadi seseorang yang puasa pada hari Jumaat atau Sabtu dengan niat mengqadha’ puasa Ramadhan tidak termasuk puasa makruh.

Contohnya, tanggal 9 Dzulhijjah jatuh pada hari Sabtu maka puasa hari Sabtu pada waktu itu menjadi puasa sunnah bukan makruh. Ada pendapat lain yang lebih keras bahkan menyatakan bahwa puasa pada hari Jumat tergolong puasa haram jika dilakukan tanpa didahului hari sebelum atau sesudahya.

 

jenis puasa 1

 

4) Puasa Haram
Ada puasa pada waktu tertentu yang hukumnya haram dilakukan, baik kerana waktunya atau karena kondisi pelakukanya.

a. Hari Raya Aidil Fitri
Tanggal 1 Syawwal telah ditetapkan sebagai hari raya sakral umat Islam. Hari itu adalah hari kemenangan yang harus dirayakan dengan bergembira. Karena itu syariat telah mengatur bahwa di hari itu tidak diperkenankan seseorang untuk berpuasa. Walaupun  ada yang tidak dapat makan, paling tidak harus membatalkan puasanya atau tidak berniat untuk puasa.

b. Hari Raya Aidil Adha
Hal yang sama juga pada tanggal 10 Zulhijjah sebagai Hari Raya kedua bagi umat Islam. Hari itu diharamkan untuk berpuasa dan umat Islam disunnahkan untuk menyembelih haiwan Qurban dan membagikannya kepada fakir msikin dan orang lain serta keluarga. Agar semuanya boleh ikut merasakan kegembiraan dengan menjamu selera makan haiwan qurban itu dan merayakan besar-besaran.

c. Hari Tasyrik
Hari tasyrik adalah tanggal 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah. Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan hari Raya Idul Adha sehingga masih diharamkan untuk berpuasa. Pada tiga hari itu masih dibolehkan utnuk menyembelih haiwan qurban sebagai ibadah yang disunnahkan sejak zaman nabi Ibrahim as.

d. Puasa sepanjang tahun / selamanya
Diharamkan bagi seseorang untuk berpuasa terus setiap hari. Meski dia sanggup untuk mengerjakannya karena memang tubuhnya kuat. Tetapi secara syar`i puasa seperti itu dilarang oleh Islam.

Bagi mereka yang ingin banyak puasa, Rasulullah SAW menyarankan untuk berpuasa seperti puasa Nabi Daud as iaitu sehari puasa dan sehari berbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.