PROGRAM SAUDARA BARU ORANG ASLI

0
249

SERAMAI 12 orang penduduk orang asli dari Kampung Songkok telah memeluk Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid Jamek Kampung Sg. Masin, Batang Kali, Selangor pada 13 November lalu.

Mereka terdiri daripada tujuh orang lelaki dan lima orang perempuan.

Dalam majlis ini, pihak EZ Qurban bagi pihak orang ramai telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 sebagai saguhati untuk kegunaan mereka mempelajari Islam.

Penduduk asli Kampung Songkok ini majoritinya penganut kepercayaan semangat dan ruh (animisme).

Sejak tahun lalu, hampir 30 peratus daripada mereka telah melafazkan syahadah dan antara individu penting di sebalik pengislaman penduduk ini adalah Suzi, seorang saudara baru yang baru setahun memeluk Islam.

Untuk rekod, sumber rezeki harian orang asli di kampung ini bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan seperti buluh yang dijual kepada peraih.

Rata-rata pendapatan bulanan mereka sekitar RM500.

Mereka tinggal di rumah yang didirikan hasil inisiatif Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Kira-kira tiga hingga lima buah keluarga tinggal dalam sebuah rumah yang hanya mempunyai keluasan sekitar 600-800 kaki persegi.

NOTA: Artikel ini telah diedit oleh Syahril A. Kadir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.