Program PPU 2020: 84 Buah Keluarga Penerima Daging Aqiqah

0
380

oleh: TIM MEDIA EZ QURBAN
mediaezqurban@gmail.com

BANGLADESH 8 Mei – Program Prihatin Ummah (PPU) 2020 EZ Qurban berjaya disempurnakan di perkampungan salah satu daerah di Chittagong, Bangladesh pada 13 Ramadan lalu.

Penyempurnaannya berjaya dilakukan oleh wakil EZ Qurban, Ustaz Arsyad dengan proses dimulakan seawal pagi.

Proses melapah kambing (aqiqah) sedang dijalankan

Sebanyak 84 buah keluarga mendapat daging agihan aqiqah yang mana penyertaan rakyat Malaysia menunaikan hajat mereka dalam program PPU ini.

“Terima Kasih Rakyat Malaysia. Semoga Ramadan ini diberi keberkatan buat kita semua”, jelas Arsyad ketika dihubungi selepas program berlangsung.

Antara penerima manfaat daging aqiqah

Menurutnya daging agihan terus diserahkan kepada penerima untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga tidak seperti tahun berikutnya di mana sebahagian daging (aqiqah) tersebut dimasak bersama untuk majlis berbuka.

Ini berikutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia maka majlis itu tidak diadakan.

PENDAFTARAN AQIQAH RAMADAN MASIH DIBUKA SEHINGGA 20 MEI 2020.

Dengan hanya RM580 seekor kambing, anda dapat aqiqahkan anak anda sambil menaja hidangan berbuka puasa kepada umat islam yang memerlukan diluar negara.

Maklumat lanjut dan pendaftaran sila layari ezqurban.org/aqiqahramadan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.