Aqiqah for Palu (Trip 1)

Selepas kejayaan misi pertama di Lombok tempohari, EZ Qurban dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menganjurkan Misi Kemanusiaan Mangsa Gempa & Tsunami di Palu, Sulawesi tengah pada tanggal 15-19 Disember 2018.

Misi kemanusian ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menyantuni mangsa-mangsa bencana dan meringankan bebanan mereka dengan mengadakan Program Dapur Rakyat hasil daripada sembelihan haiwan akikah melalui program Aqiqah for Palu oleh EZ Qurban. Selain itu, pihak MAPIM juga telah mengagihkan bantuan pek makanan, kelengkapan ibadah, pek hygiene dan lain-lain.

Aqiqah for Palu (Trip 2)

Pada tanggal 27-31 Disember 2018 EZ Qurban dengan kerjasama CV Marlin Brothers daripada Jogjakarta telah dihantar untuk menyambung Misi Kemanusiaan di Palu dengan membawa kesemua penyertaan akikah yang diterima sepanjang bulan Disember 2018.

Trip kedua kali ini diketuai oleh Pegawai Syariah EZ Qurban, iaitu Ustaz Mohd Amirul bin Kamarudin untuk memantau proses sembelihan akikah sebanyak 345 ekor kambing, sekaligus menyempurnakan agihan daging-daging tersebut kepada mangsa-mangsa bencana yang berada di daerah Donggala, Sigi dan Kotamadya Palu.

Misi kemanusiaan kali ini telah mendapat perhatian daripada Datuk Bandar Kotamadya Palu dan bantuan daripada Ketua Polis Daerah (Polda) yang turut membantu melancarkan perjalanan program. Selain itu, pihak media tempatan juga turut hadir membuat liputan semasa di sepanjang misi ini diadakan.

Sila klik pautan di bawah:
1. https://media.alkhairaat.id/ezqurban-malaysia-cv-merlin-borthers-pks-palu-distribusi-130-kambing-untuk-korban-bencana/
2. https://sultengterkini.com/2018/12/30/ez-qurban-malaysia-dan-cv-marlin-brothers-salurkan-345-kambing-ke-korban-gempa-sulteng/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.