Harga Haiwan Korban di Luar Negara Lebih Murah Dari Malaysia?

Pernahkah anda tertanya-tanya tentang harga haiwan korban di luar negara?

Pada masa kini penyertaan Qurban di Luar Negara lebih meningkat naik berbanding di Dalam Negara. Pelaksanaan Qurban di Luar Negara kini telah menjadi trend bagi umat Islam.

Perkara ini berlaku kerana wujudnya beberapa faktor yang menarik perhatian umat islam untuk melaksanakan ibadah korban di luar Negara.

Antara sebab utamanya adalah harga haiwan korban di luar negara adalah lebih murah berbanding di Dalam Negara. Mana tidaknya harga sebahagian lembu Qurban di Malaysia pada tahun ini adalah RM720 manakala harga sebahagian lembu di Luar Negara hanya RM320 sahaja.

Hal ini dapat memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan Ibadah Qurban di Luar Negara yang tidak memerlukan bajet yang tinggi.

Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa harga luar negara lebih Murah berbanding Dalam Negara dan ada juga yang menganggap ianya tidak logik. Hal ini berlaku dengan dua sebab yang menyebabkan harga haiwan korban di luar negara lebih murah.

Kebanyakkan Luar Negara Adalah Negara Penternak

Lembu yang telah dipilih bagi melaksanakan ibadah korban (Rwanda – 2019)

Negara-negara seperti India, Republik Chad (Afrika Tengah) dan Bangladesh merupakan negara penternak lembu. Hal ini menyebabkan harga lembu jauh lebih murah berbanding Malaysia yang kebanyakannya mengimport lembu dan kambing dari negara-negara jiran.

Walaupun terdapat banyak penternakan lembu di Malaysia, namun ianya masih belum dapat menampung permintaan tinggi rakyat negara ini yang merupakan pemakan daging yang membuatkan harganya lebih tinggi.

Kadar Tukaran Matawang Asing

Mengikut kadar tukaran matawang asing semasa, Ringgit Malaysia sebenarnya lebih tinggi nilainya berbanding matawang negara yang melaksanakan Ibadah Korban seperti Bangladesh dan Chad. Oleh itu, tidak hairanlah harga Korban di negara ini lebih rendah dari Malaysia.

Kadar mata wang Malaysia yang tinggi berbanding negara-negara luar yang melaksanakan Korban telah membuka peluang yang luas kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan Ibadah Korban.

Demikianlah sebabnya harga haiwan korban lebih rendah berbanding di Malaysia.

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN