Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?

“Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?”

Ibadah korban ini bukanlah untuk memberi makan kepada orang yang memerlukan atau kepada tetamu yang hadir dalam majlis korban.

Sebenarnya ibadah korban ini adalah kerana Allah SWT. 

Jadi tidak hairanlah ramai yang mengerjakannya jika diperbetulkan niat semata-mata kerana Allah.

Seperti ibadah sunah yang digalakkan yang lain seperti Solat Sunah Tarawih atau Membaca Doa Qunut, adakah ibadah itu niatnya untuk menjadi muslim yang baik? 

Semestinya tidak.

Jika disemak semula niat yang dilafazkan ketika melakukan ibadah tersebut, kita akan lihat ibadah itu adalah semata-mata kerana Allah SWT.

Menjadi muslim terbaik cumalah hikmah sampingan selepas melaksanakan ibadah tersebut.

Sama juga seperti korban, niat yang betul semata-mata kerana Allah dan hati yang ikhlas melaksanakan ibadah tersebut akan memberikan hikmah sampingan seperti memberi makan kepada mereka yang memerlukan dan bersedekah.

Oleh sebab itu ramai yang berasa ralat sekiranya tidak mampu melaksanakannya. 

Atas nekad untuk beribadah, mereka berusaha pula untuk mengumpul wang demi melakukan korban, dan paling indahnya silaturrahim sesama muslim, ada pula yang memilih untuk melakukan korban untuk orang lain.

Pihak EZ Qurban juga pernah menerima beberapa soalan atau permintaan sama ada boleh atau tidak untuk korbankan bagi pihak yang lain seperti ibu bapa, adik beradik atau suami isteri.

Ini adalah jawapannya hasil daripada rujukan laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syariat Ibadah Korban

Korban Untuk Orang Lain

Ibadah korban ini adalah syiar Islam atau  lambang kebesaran, keagungan Islam. Semua orang Islam perlu menjaga dan mengamalkannya kerana syiar ini adalah simbol kepada ke-Islaman seseorang.

Ibadah korban ini adalah sunnah muakkad yang memberikan semua orang Islam sedikit peringatan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang rela anaknya Nabi Ismail AS disembelih sebagai korban kerana mengikut perintah Allah SWT.

Ini semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)

Surah Al-Kausar: 2

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA katanya:

انَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ وَأَنَا أُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ‏.‏

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melakukan korban dengan dua ekor kambing dan aku juga melakukan korban dengan dua ekor kambing.

Riwayat al-Bukhari: 5553

Melakukan Korban Untuk Orang Lain

Korban Untuk Orang Lain

Setiap amal ibadah yang dilakukan dengan ikhlas ada ganjarannya. Mungkin tidak di dunia tetapi dapat ‘ditebus’ pada hari Pengadilan kelak. 

Amalan yang dilakukan ada ganjaran mengikut apa yang diusahakan. Tentang hal ibadah pula, ia tidak boleh dilakukan oleh orang lain. 

Melainkan sekiranya ada dalil yang membolehkannya.

 Firman Allah SWT:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Surah al-Najm: 39

Begitu juga Firman Allah SWT:

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Maksudnya: Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Surah al-Baqarah: 286

Tentang ibadah untuk orang lain oleh orang lain, semakan dari kitab-kitab daripada ilmuwan Islam telah menyatakan:

Dr. Wahbah Zuhaili (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu):  “Mengikut pandangan ulama’ Syafi’e, tidak boleh melakukan ibadah korban selain daripada mendapat keizinannya. Begitu juga, ke atas orang yang meninggal dunia tidak boleh melainkan sekiranya diwasiat maka diharuskan”. 

Imam Nawawi (al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab):  “Sekiranya seseorang itu melakukan ibadah korban ke atas orang lain tanpa keizinan daripadanya, maka tidak terlaksana ibadah korban ke atasnya”

Dr. Muhammad Zuhaili (al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Stafi’e): “Bahawa tidak sah melakukan ibada korban ke atas seseorang yang hidup melainkan mendapat keizinan daripadanya. Ini kerana ibadat secara asalnya tidak boleh dilakukan oleh orang lain melainkan di datangkan dengan dalil. Terutamanya apabila tidak mendapat keizinannya. Akan tetapi sekiranya seseorang daripada isi rumah itu melakukan korban maka tertunai sunat kifayah ke atas keluarga yang lain walaupun mereka tidak mengetahuinya”

Korban Untuk Orang Lain

Secara ringkasnya hukum melakukan korban untuk orang lain adalah:

  1. Korban yang diwasiatkan, dibenarkan untuk dilaksanakan
  2. Tetapi jika tidak diwasiatkan, tidak dibenarkan untuk melaksanakannya. Ini kerana korban adalah ibadah. Ibadah pada asalnya tidak dibenarkan untuk dilakukan oleh orang lain melainkan ada dalil yang membenarkannya (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 2/490)
  3. Mufti Wilayah Persekutuan telah menyimpulkan, lebih baik sekiranya korban untuk diri sendiri dan diiringi dengan niat untuk disedekahkan pahala kepada orang tersebut.

Hal yang ketiga sama seperti apa yang dilakukan Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan Saidatina Aisyah RAnha bahawa Baginda SAW menyebut ketika melakukan sembelihannya:

بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada aali (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad.

Riwayat Muslim: 1967

Semoga penerangan ini jelas kepada para pembaca.

Sekiranya anda mempunyai persoalan berkenaan ibadah korban, anda boleh ke laman web rasmi, Facebook, Instagram kami ataupun komen sahaja pada ruangan di bawah.

Artikel Berkaitan: Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?, Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban, Semua Soalan Korban: 28+ Jawapan FAQ Korban Diringkaskan EZ Qurban, Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?, Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?, Adakah Haiwan Yang Dimandulkan Boleh Dijadikan Korban?, Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban

______

EZ Qurban
pakej korban ez qurban 2022

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOLL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN