Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!

Alhamdulillah selesai berpuasa tahun ini. Raya Aidilfitri menjelma. Bertemu lagi dengan bulan kemenangan umat Islam di seluruh dunia.

Bangun sahaja pagi raya, jangan lupa untuk lakukan sunnah Hari Raya Aidilfitri ini.

Sunnah Sebelum Pagi Raya

Usai sahaja puasa terakhir, Aidilfitri akan menjelma. 

Pada malam raya tersebut, jangan lupa untuk bertakbir raya, tanda kemenangan kita semua.

Hidupkan malam Aidilfitri yang pertama dengan ibadah yang boleh mengingatkan kita kepada Allah SWT. 

Tutup bulan puasa tahun ini dengan amalan yang mulia.

Sunnah Di Pagi Raya

Celik sahaja mata dari tidur, ada pelbagai ibadah yang boleh dilakukan pada waktu pagi sebelum solat sunat Aidilfitri. 

Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri 

Raya Aidilfitri

Bacakan niat ini sebelum anda masuk ke dalam bilik air. Insya-Allah ada pahala yang anda akan dapat walaupun cuma mandi.

Niat mandi sunat hari raya

نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى

Maksudnya: “Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

Selesai sahaja mandi anda boleh bacakan doa ini ketika memakai baju:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan yang telah memberikan rizki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.” 

HR. Abu Dawud, At-Tirmidziy dan Ibnu Majah, lihat Irwaa`ul Ghaliil 7/47

Tidak semestinya anda perlu memakai baju raya yang baru. Baju yang kemas dan bersih, sudah memadai untuk memperolehi ganjaran pahala, insya-Allah.

Imam Syafie pernah berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

Jangan berlebih ketika berpakaian dan bergaya. Buat kaum Adam, mereka digalakkan untuk memakai wangi-wangian dan mengelakkan pakaian seperti sutera dan emas. 

Untuk kaum Hawa pula, elakkan memakai pewangi dan bertabarruj.

Sunnah Sebelum Solat Hari Raya Aidilfitri

Kalau pada bulan puasa tak boleh makan di pagi hari, tetapi pada pagi bulan Aidilfitri yang pertama sunnah yang dianjurkan adalah makan dahulu sebelum melangkah keluar ke masjid untuk solat hari raya.

Sunnah Semasa Solat Hari Raya Aidilfitri

Jangan lupa bertakbir, ikutlah imam anda. Dengar tazkirah dan berzikir sekiranya tidak dapat menumpukan perhatian.

Uniknya solat hari raya adalah terdapat lafaz takbir sebanyak 7 kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.

Sunnah Selepas Solat Hari Raya Aidilfitri

Raya Aidilfitri

Lalulah satu jalan lain berbeza daripada jalan anda menuju ke masjid sebentar tadi.

Daripada jabir R.A, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيْدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya: “Nabi SAW melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya.”

Riwayat al-Bukhari (943)

Kesilapan Pada Hari Raya 

Ada beberapa perkara yang bercanggah dan perkara yang boleh dielakkan daripada dilakukan ketika hari Raya. Ingatlah, bulan kemenangan bukanlah bulan untuk kita terlalu bersuka sehingga terlupa batasan.

Elakkan daripada:

  • Berkata perkara yang tidak elok
Raya Aidilfitri

Ketika berziarah ataupun menziarahi, elakkan berkata-kata perkara yang akan menyinggung perasan orang yang mendengarnya. Jadi lebih sensitif dengan perasaan orang yang ada.

Elakkan body shaming atau mengutuk seperti, “Wah dah makin berisi ya”. 

Jaga silaturahim sesama umat Islam dengan tidak menyakiti perasaan orang lain. 

Jangan gunakan alasan itu cuma topik perbualan. Ada banyak topik perbualan yang lain yang boleh dimulakan untuk mengeratkan hubungan.

  • Tidak solat di pagi raya
Raya Aidilfitri

Terlalu sibuk menyiapkan ahli keluarga yang lain bukanlah alasan untuk solat sunat Raya. 

Kalau anda risau sekiranya masjid terlalu penuh, boleh bersiap-sedia dengan tikar dan sejadah sekiranya perlu solat di luar kawasan ruang solat.

  • Menonton TV dengan terlalu banyak

Tidak dinafikan memang banyak rancangan menarik yang disiarkan di TV ketika hari raya. Tetapi jangan kerana rancangan itu anda terlepas untuk melakukan perkara-perkara sunnah.

Rayakan setahun hanya sekali, waktu inilah anda akan berjumpa dengan sanak-saudara. 

Lebih-lebih lagi Aidilfitri kalini ini adalah perjumpaan pertama bagi sesetengah ahli keluarga setelah bertahun tidak pulang kerana pandemik.

  • Tidak memakai pakaian syarie

Walaupun raya, anda masih perlu berpakaian syarie. Jangan bertabarruj dan berlebihan. 

Larangan berpakaian seperti jangan menonjolkan aurat atau larangan memakai emas dan sutera untuk lelaki masih sama tidak kiralah untuk baju raya atau baju biasa.

  • Mengganggu tuan rumah

Adab berziarah penting, jangan ambil mudah!

Untuk pengetahuan, sekiranya tuan rumah tidak menjawab salam yang diberikan sebanyak 3 kali, pengunjung perlu pulang walaupun ada ‘bukti’ tuan rumah di rumah seperti kereta di garaj atau kasut di pintu.

Mungkin tuan rumah tidak bersedia menerima tetamu atau sedang berehat di rumah.

Hormati tuan rumah. Sekiranya tetamu dijemput masuk, jangan berziarah terlalu lama. Ini akan mengganggu tuan rumah yang mungkin mempunyai rancangan lain.

Sebelum berziarah, mungkin anda boleh maklumkan kepada tuan rumah supaya mereka boleh bersedia. Tidak semua tuan rumah sukakan lawatan yang tiba-tiba.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : كُنْتُ فِي مَجْلِسٍ مِنْ مَجَالِسِ الأَنْصَارِ إِذْ جَاءَ أَبُو مُوسَى كَأَنَّهُ مَذْعُورٌ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ عَلَى عُمَرَ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي فَرَجَعْتُ فَقَالَ مَا مَنَعَكَ قُلْتُ اسْتَأْذَنْتُ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي فَرَجَعْتُ وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ فَقَالَ وَاللَّهِ لَتُقِيمَنَّ عَلَيْهِ بِبَيِّنَةٍ أَمِنْكُمْ أَحَدٌ سَمِعَهُ مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ أُبَىُّ بْنُ كَعْبٍ وَاللَّهِ لاَ يَقُومُ مَعَكَ إِلاَّ أَصْغَرُ الْقَوْمِ فَكُنْتُ أَصْغَرَ الْقَوْمِ فَقُمْتُ مَعَهُ فَأَخْبَرْتُ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ذَلِكَ.

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Aku berada dalam satu majlis bersama orang-orang Ansar apabila tiba-tiba Abu Musa radiallahu ‘anhu datang dalam keadaan seolah-olah ketakutan. Abu Musa radiallahu ‘anhu berkata: 

Aku telah meminta izin kepada Umar (untuk memasuki rumahnya) sebanyak tiga kali, tetapi beliau tidak mengizinkannya, jadi aku pun pulang. Lalu Umar telah bertanya : Apa yang menghalang engkau (daripada masuk ke dalam rumah aku)? Aku pun menjawab: Aku telah meminta izin sebanyak tiga kali, dan dia tidak mengizinkan aku, maka aku pun pulang.

Kemudian Abu Musa pun menyebutkan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Apabila kalian telah meminta izin sebanyak tiga kali, tetapi tidak jua diberikan keizinan. Maka pulanglah. Lalu Umar berkata: Demi Allah! Engkau hendaklah membawakan saksi yang mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata sedemikian rupa. Ubay bin Ka’ab radiallahu ‘anhu pun berkata: Yang akan menjadi saksi untuk engkau ialah yang paling muda di kalangan kami. Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa dia adalah yang paling muda di kalangan orang Ansar ketika itu, lalu aku pun pergi bersama Abu Musa (untuk menemui Umar). Aku pun memberitahu Umar bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata sedemikian rupa.

Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, hadis no : 6245

  • Mengkritik hidangan
Raya Aidilfitri

Ingatlah penat lelah tuan rumah menyediakan makanan yang dihidangkan. Walaupun tidak kena dengan selera anda, elakkan menyinggung perasaan orang yang menghidang.

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda menyukainya Baginda memakannya, dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya (tidak memakannya)”

Hadits riwayat al-Bukhari

  • Meminta-minta duit secara berlebihan

Untuk ini, jika ada anak kecil ingatkan mereka untuk tidak meminta-minta. Ajarkan sekiranya ada duit raya diberikan, ucapkan terima kasih. Jika tidak, jangan meminta.

Ini adalah untuk menjaga silaturrahim sesama saudara Islam. Tidak semua orang mampu untuk memberikan duit raya. Raya itu sendiri akan menelan kos yang besar.

  • Bersalaman antara bukan mahram

Walaupun raya, jangan terlalu terlebih mesra. Ingatlah bersalaman sesama mahram tetap haram.

  • Memasang lagu raya yang tidak sopan

Banyak lagu raya yang dikeluarkan setiap tahun. Tetapi elakkan memasang lagu yang tidak sopan. Tidak manis didengar ketika hari raya, hari di mana kita perlu menyambut kemenangan sebagai orang Islam setelah menahan nafsu selama sebulan.

  • Beraya sehingga terlambat atau terlupa melaksanakan solat fardu

Raya-raya juga tetapi ibadah wajib jangan dilupakan. Singgah sebentar di surau atau masjid sekiranya tidak mahu menyusahkan tuan rumah untuk solat fardu.

  • Tidak ziarah orang yang perlu diziarahi

Siapakah golongan yang perlu diziarahi?

Selain daripada saudara mara, golongan yang perlu diziarahi adalah:

  • Orang yang sakit atau uzur
  • Orang yang miskin dan yang memerlukan bantuan

Kami berharap raya kali ini akan membawa berkat kepada semua. Semoga tahun depan kita akan bertemu lagi dengan Ramadan dan Aidilfitri.

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN