Majlis Tandatangan MoU Tajaan Aqiqah Anak Yatim EZ Qurban & Rumah Amal Raudhatul Jannah

Pada 19 Oktober 2022, En. Ahmad Fadzlullah (Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban) dan Ustaz Hafeez Firdaus (Ketua Pegawai Operasi EZ Qurban) bersama-sama Pengerusi Rumah Amal Raudhatul Jannah, Haji Zawalajam bin Haji Mashod telah menandatangani Memorandum Persefahaman bagi pelaksanaan Program Tajaan Aqiqah Anak Yatim.

Majlis ini dihadiri anak yatim daripada Rumah Amal Raudhatul Jannah bersama penjaga mereka dan juga pelanggan setia EZ Qurban.

Matlamat Program Tajaan Aqiqah Anak Yatim adalah untuk membantu anak yatim yang masih belum diaqiqahkan oleh kerana berada di luar kemampuan. Ini akan membuka peluang kepada masyarakat Islam untuk membantu anak yatim melaksanakan ibadah yang sangat digalakkan ini.

Program ini juga adalah lanjutan dari program Yayasan EZ Prihatin yang telah menaja iftar anak yatim pada bulan Ramadan yang lepas.

Selain itu, anak yatim Rumah Amal Raudhatul Jannah juga menerima sumbangan kewangan daripada Puan Nor’adzimah Hassanuddin, Pengarah Urusan EZ Qurban. Program ini diteruskan dengan tazkirah Maulidur Rasul daripada Ustaz Ghazali, solat maghrib berjemaah dan para tetamu dihidangkan dengan hidangan hasil sembelihan kambing aqiqah anak yatim.

Ustaz Hafeez Firdaus telah menzahirkan kepentingan kebajikan anak yatim sebagai tanggungjawab umat Islam. Program Tajaan Aqiqah Anak Yatim ini membuka peluang kepada masyarakat awam untuk bersama-sama membantu kebajikan anak yatim.

Haji Zawalajam meluahkan jutaan terima kasih kepada EZ Qurban dan Yayasan EZ Prihatin atas kerjasama ini. 

Untuk rekod, rumah-rumah anak yatim yang terlibat adalah;

  • Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sg Buloh
  • Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, KL
  • Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Banting
  • Rumah Anak Yatim Miskin Muhammad Al-Fateh, Bangi Lama

Bermula dari tarikh ini, anda boleh menaja aqiqah untuk anak yatim di pautan  https://www.ezqurban.org/aqiqahanakyatim

Galeri 

Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim
Aqiqah Anak Yatim

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN