Kenapa Semakin Ramai Pilih Untuk Korban di Mekah?

Jika dahulu korban di Mekah kedengaran seperti ibadah yang hanya dilakukan tetamu Allah di sana, kini dari Malaysia, anda boleh sampaikan daging korban ke tanah suci.

Tetapi adakah perkara ini dibolehkan? Bagaimana pula dengan hukumnya? Mengapa pula semakin ramai memilih untuk melaksanakan ibadah korban di Mekah?

Untuk itu kami akan ulaskan satu persatu tentang isu yang bergelumang di dalam pemikiran anda dengan artikel ini.

Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Di Mekah

Korban di Mekah

Secara umumnya hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunnat muakkad. Sunnah yang digalakkan.

Ibadah ini sebenarnya adalah untuk bersedekah daging korban yang disembelih untuk dijadikan makanan kepada golongan yang memerlukan.

 وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.

Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123

Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitab Tuhfat al-Muhtaj ada menulis :

قَالَ الزَّرْكَشِيُّ وَلَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ حَاجَتِهِ وَحَاجَةِ مَنْ يُمَوِّنُهُ عَلَى مَا سَبَقَ فِي صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ لِأَنَّهَا نَوْعُ صَدَقَةٍ انْتَهَى وَظَاهِرُ هَذَا أَنَّهُ يَكْفِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَمَّا يَحْتَاجُهُ فِي يَوْمِهِ وَلَيْلَتِهِ وَكِسْوَةِ فَصْلِهِ كَمَا مَرَّ وَيَنْبَغِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ يَوْمِ الْعِيدِ وَأَيَّامِ التَّشْرِيقِ فَإِنَّهَا وَقْتَهَا كَمَا أَنَّ يَوْمَ الْعِيدِ وَلَيْلَةَ الْعِيدِ وَقْتُ زَكَاةِ الْفِطْرِ وَاشْتَرَطُوا فِيهَا أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ ذَلِكَ اهـ

Maksudnya: Imam al-Zarkasyi berkata mestilah orang yang ingin melakukan korban itu mempunyai lebihan bagi keperluan diri dan tanggungannya sepertimana syarat yang telah disebutkan dalam sedekah sunat kerana ia juga dikira sebagai sedekah. Apa yang zahir daripada pandangan ini ialah cukup bagi seseorang itu mempunyai lebihan bagi keperluannya sehari semalam dan pakaiannya mengikut musim sepertimana yang telah disebutkan. Begitu juga hendaklah mempunyai lebihan daripada keperluannya pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq ini kerana itulah waktu untuk berkorban. Hal ini sama keadaan seperti siang dan malam Hari Raya Aidilfitri yang menjadi waktu diwajibkan menunaikan zakat fitrah dan para ulama mensyaratkan wujudnya lebihan daripada keperluan mereka pada waktu tersebut.

Rujuk Tuhfat al-Muhtaj, 9:334

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang itu berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta daripada keperluan dirinya dan tanggungannya bagi Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11 – 13 Zulhijjah).

Jadi korban di Mekah sebenarnya tidaklah salah, cuma lebih digalakkan untuk dilakukan di kawasan sendiri.

Disebabkan harga yang ditawarkan untuk korban di Mekah atau di negara lain lebih murah, semakin ramai muslimin dan muslimat melaksanakannya di sana.

Pakej di kawasan sendiri boleh menelan belanja lebih RM1000, dibandingkan dengan diluar negara yang menawarkan harga serendah RM400.

Jika korban di negara sendiri mahal, jadi ramailah pilih untuk korban di luar, bukan?

Pilih Korban di Mekah atau Korban di Malaysia, Mana Lebih Afdhal?

Korban di Mekah

Kini timbul pula persoalan sekiranya boleh atau tidak, salah atau tidak sekiranya pilih untuk korban lebih murah di Mekah?

Untuk ini kami ringkaskan daripada artikel ini.

Sebaiknya korban lebih afdal dilaksanakan di tempat sendiri untuk menaikkan syiar Allah SWT.

Ini juga kerana sunnah pemberian daging korban mengikut mazhab Shafi’e adalah:

  1. ⅓ dimakan oleh orang yang berkorban dan ahli keluarganya
  2. ⅓ untuk disedekahkan kepada fakir miskin
  3. ⅓ untuk diberikan kepada sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran

Manakala korban nazar pula orang yang bernazar dan ahli keluarganya haram dimakan, jika dimakan, wajib diganti dengan kadar yang dimakan tetapi tidak wajib untuk menyembelih semula yang lain.

Melalui ini jelaslah pembahagian di dalam (a) tidak dapat dilaksanakan sekiranya anda berkorban di Mekah.

Namun, ini semua bergantung kepada bajet anda. Sama ada untuk melengkap ketiga-tiga pembahagian ini atau tidak.

Mengapa Ramai Memilih Untuk Melaksanakan Ibadah Korban di Mekah?

  1. Urusan Yang Sangat Mudah
Korban di Mekah

Bayangkan sahaja dari namanya, “korban di Mekah”. Adakah anda perlu bersusah payah ke kandang di Mekah dan memilih haiwan untuk dikorbankan?

Adakah anda sendiri yang akan mengagihkannya?

Sudah tentu tidak.

Apa yang anda perlu lakukan cumalah mencari pakej yang anda inginkan dari mana-mana agensi yang boleh membantu anda untuk korban di Mekah.

Selesai pembayaran, wakil akan menguruskan ibadah anda di sana dan memberi update dari masa ke semasa.

  1. Pembayaran Online

Bergantung kepada keselesaan anda untuk membuat pembayaran di kaunter ataupun uruskan segalanya di atas talian, korban di Mekah akan dilaksanakan sebaik sahaja pengesahan kemasukan wang.

  1. Harga Haiwan Korban Lebih Murah
Korban di Mekah

Tidak dinafikan perkara inilah yang menjadikan ibadah korban di Mekah menjadi pilihan. Ada yang menawarkan harga lebih rendah daripada RM400.

Anda cuma perlu pilih pakej yang anda inginkan, buat pembayaran dan siap!

Adakah persoalan anda tentang ibadah korban di Mekah terjawab?

Jika tidak, anda boleh anjurkan persoalan anda di Facebook rasmi EZ Qurban di sini.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban
pakej korban ez qurban 2022

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOLL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

2 COMMENTS

  1. 1. Setakat yg saya tahu jumlah kos perlu dinyatakan termasuk upah & pengurusan. Adakah jumlah tersebut termasuk perkara diatas?

    2. Maaf….juga setahu saya…tidak bole ambil untung dari ibadat korban?

    3. Korban di Mekkah…ada dikira memperolehi 100,000 pahala?

    • 1. Harga pakej yang ditawarkan adalah termasuk caj pengurusan, upah dan sebagainya. Sila rujuk https://www.ezqurban.org/perincian-akad/
      2. Tiada dalil atau Nas yang melarang daripada mengambil keuntungan daripada urusniaga jual beli haiwan korban.
      3. Korban di Mekah juga tiada dalil khusus yang menjelaskan tentang ganjaran pahala tertentu. Hanya pada ibadah solat sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN