Konsep Wasiat

2
1174

Kebanyakkan rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak begitu faham konsep wasiat, sebagai contoh saya ambil saya sendiri. Sebagai admin untuk blog ini, saya sendiri tidak tahu apa itu wasiat? selepas arwah saya meninggal dunia pada dua tahun lepas, saya sering bertanyakan ibu saya mengenai wasiat yang ditinggalkan oleh arwah ayah saya. Bahkan ada juga rakan sekerja saya bertanya kan kepada ustaz di “office” saya dengan soalan ” ustaz, mak aku nak buat wasiat nanti untuk anak-anak dia boleh tolong tak?”. Untuk memberi hadiah/harta kepada anak-anak haruslah disampaikan melalui hibah dan bukanya wasiat. Ramai antara kita salah faham tentang wasiat, ok! ape itu wasiat? Wasiat adalah:

Dari sudut bahasa : Sambung, pesanan

Dari sudut syarak :
Iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa yang dibenarkan oleh syarak dan terlaksana selepas kematiannya dengan niat mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Tafsiran Wasiat menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) No. 4, 1999 :

“Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati”.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah Ayat 180)

Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.


“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris”


(Riwayat at Tarmizi)
“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”

(Riwayat Abu Daud)

 

EZ WASIAT EZ PUSAKA

 

RUKUN WASIAT

  •  Pewasiat (Al-Musi)
  •  Penerima wasiat (Al-Musolahu)
  •  Harta yang diwasiatkan (Al-Musobih)
  •  Lafaz wasiat (Shighah)

HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN

  •  Harta tak alih seperti tanah dan rumah
  •  Harta alih seperti wang tunai, wang simpanan, saham dan lain-lain.

KADAR WASIAT

  •  Kadar pemberian tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta pusaka.
  •  Mendapatkan persetujuan ahli waris yang berhak sekiranya melebihi 1/3.
  •  Wasiat mesti disandarkan kepada kematian.

Faedah Berwasiat

Antaranya faedah-faedah berwasiat adalah seperti berikut:-

  • Cara terbaik menguruskan harta selepas kematian.
  • Mengelakkan perbalahan antara ahli keluarga.
  • Menyelesaikan masalah pembahagian harta kepada anak angkat atau anak tiri.
  • Mengeratkan silaturrahim dan lain-lain.

Penulisan Wasiat Profesional

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.

Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:

 

” Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala “

 

Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:

  • Mempunyai cucu
  • Anak Angkat
  • Kawan baik
  • Ahli keluarga bukan Islam
  • Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
  • Masjid
  • Badan Amal
  • Hospital

Perlantikan Wasi

Menulis Wasiat mungkin menjadi pilihan bagi seseorang, pemilihan seorang Wasi bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.

Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Walaubagaimanapun Wasi mungkin jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak mahu bertindak sebagai Wasi.

Adalah sukar untuk memilih seorang wasi bagi Wasiat anda. Kesejahteraan keluarga anda adalah yang paling utama dan bergantung pada Wasi yang anda pilih. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga keluarga anda dengan selamat. Pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.

MOHD AMIRUL BIN KAMARUDIN

Perunding & Perancang Harta Pusaka

FB : EZ PUSAKA EZ WASIAT

2 COMMENTS

  1. salam, minta jasa baik tuan listkan serba sedikit nama2 rumah kebajikan, masjid dan hospital untuk saya wasiat wang simpanan saya.. saya ada google tapi kebanyakannya khabar (berita) lama umpama tahun2 2008 kebanyakan… harap tuan dapat beri saya listkan nama2 rumah kebajikan, hospital dan masjid dalam pengetahuan tuan.. terima kasih

    • wasalam, minta maaf kerana lambat reply komen puan. maaf ya puan kerana permintaan puan ni sudah luar daripada skop kerja saya, kami di EZ Pusaka EZ Wasiat hanya menawarkan tips-tips dan cara-cara menangani harta pusaka dan wasiat. puan boleh rujuk FB kami untuk mengetahui lebih lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.