Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini

Bulan Ramadan ini mari isikan masa lapang dengan bertadarus. Mungkin dengan satu hari satu juz, kita akan sempat untuk khatam al-Quran.

Risau dengan 1 hari 1 juz yang kelihatan banyak?

Tapi dengan strategi betul, insya-Allah boleh!

Mari lihat strategi ini supaya tidak mudah putus asa untuk menghabiskan al-Quran pada bulan ini.

  1. Mulakan Dari Hari Ini, Bukan Esok!
Khatam al-Quran

Maksudnya adalah anda perlu mulakan pembacaan juz 1 daripada 1 Ramadan  lagi. Jangan bertangguh.

Tetapkan 1 Ramadan adalah hari anda mulakan pembacaan. Bukan esoknya atau lusa. Untuk Muslimah pula, rancang pembacaan anda dan tolak hari anda akan kedatangan haid daripada 30 hari Ramadan itu.

Jadi, Muslimah mungkin hanya akan ada 22-23 hari sahaja untuk bertadarus al-Quran.

  1. Susun Atur Strategi Dengan Sistematik
Khatam al-Quran

Susunan atur anda perlulah mengikut kemampuan diri anda. Susun jadual anda betul-betul. Jika anda ada kumpulan tadarus, bincang dengan mereka waktu untuk bertadarus bersama-sama.

Sasaran anda mestilah realistik. Ketahui kemampuan anda supaya anda sendiri tidak burn out.

Anda perlulah ada sasaran harian dan juga sasaran mingguan supaya anda boleh lihat sekiranya ada hari anda lopong, jadi anda boleh isi kelopongan itu pada minggu hadapannya.

Disebabkan ada yang suka membaca 4 muka surat setiap satu waktu solat, ada pula yang suka membaca 1 juz sehari, ikutlah kemampuan anda.

  1. Sediakan Waktu Khas Untuk Cuma Membaca al-Quran
Khatam al-Quran

Tidak semua orang mempunyai kelebihan dari segi masa untuk membaca sehingga cukup kuota sehari mereka.

Jadi, pilih satu hari untuk anda fokus kepada pembacaan sahaja. Jika waktu subuh anda mempunyai lebih waktu sebelum atau selepas, gunakan waktu itu. Sekiranya anda tidak mampu membaca pada waktu Zohor, top up semula pada waktu Isyak.

Ataupun sekiranya pada hari minggu anda sememangnya sibuk, tumpukan masa dan fokus anda pada hari cuti.

Begitulah sehingga anda tamat 30 juzuk.

  1. Jangan Culas, Gunakan Masa Dengan Sebaiknya
Khatam al-Quran

Ingat ini adalah komitmen anda untuk khatam al-Quran 30 juzuk dalam 1 bulan Ramadan.

Bak kata orang, “Jangan harapkan perubahan sekiranya anda duduk di tempat yang sama”.

Jadi anda perlu ubah minda anda sekiranya ingin berjaya khatam al-Quran pada bulan ini. Jika ada hari anda tidak bermotivasi untuk menyelak satu muka surat, anda boleh berhenti sejenak.

Tetapi jangan berhenti terlalu lama. Cukuplah mengambil beberapa hari untuk ‘bercuti’. Kemudian baca semula.

Sekiranya anda menaiki kenderaan awam ke tempat  kerja ataupun ke mana sahaja, anda boleh gunakan aplikasi di dalam telefon anda untuk bertadarus. 

Jangan hanya harapkan al-Quran di rumah. Anda boleh membaca di mana-mana sahaja walaupun tanpa al-Quran.

  1. Simpan Tenaga Untuk Beribadah
Khatam al-Quran

Ibadah puasa kadangkala memenatkan kepada sesetengah orang yang bekerja atau sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu yang berat.

Jadi sekiranya anda menghadapi hari yang memenatkan, rehat sebentar untuk ibadah yang lain selepas berbuka. Recharge semula dengan makanan yang anda suka pada waktu berbuka.

Ketika anda membaca pula, anda boleh menjimatkan tenaga dengan menggunakan suara yang cukup jelas untuk anda sendiri dengar, iaitu suara yang tidak terlalu kuat.

Simpan tenaga anda supaya anda larat untuk baca helaian seterusnya.

  1. Gunakan Teknologi
Khatam al-Quran

Kami sudah nyatakan kegunaan gajet di atas, untuk anda membaca di mana, atau pada bila-bila masa sahaja.

Ada satu lagi anda boleh lakukan untuk bertadarus dengan teknologi.

Gunakan aplikasi Zoom atau video call dengan ustaz atau kumpulan tadarus anda untuk mengaji.

Dengan aplikasi ini mungkin anda akan lebih bersemangat. Membaca bersama rakan-rakan atau semakan dengan ustaz pasti waktu bacaan jadi lebih seronok.

Selain itu, sekiranya anda keliru dengan bacaan tajwid anda boleh semak bacaan dengan ustaz di YouTube.

Sekiranya anda lemah dalam pembacaan, kami sarankan untuk mempunyai seorang penyemak bacaan. Upah ustaz atau upah kawan anda, asalkan cita-cita anda untuk khatam al-Quran terlaksana.

  1. Letakkan Peringatan Di Mana-Mana
Khatam al-Quran

Peringatan ini bukanlah amaran. Cuma untuk anda tetap bermotivasi untuk membaca. 

Pada awal minggu bulan Ramadan, mungkin anda akan terlupa sekali sekala. Jadi letakkan peringatan di dalam telefon atau sticky note. Di almari baju, di tempat letak sejadah, di meja kerja atau di mana-mana sahaja untuk mengingatkan anda tentang bacaan untuk hari itu.

  1. Baca Di Dalam Keadaan Yang Tenang
Khatam al-Quran

Bacaan di tempat yang bising mungkin akan mengganggu ketenangan dan tumpuan anda.

Jadi bacalah di tempat yang anda tahu anda boleh tumpukan perhatian dengan tenang. Tetapi jangan baca di tempat yang terlalu tenang sehingga anda boleh mengantuk.

Cari tempat yang cukup selesa untuk anda membaca al-Quran.

Itu sahaja cara dan tips untuk anda khatam al-Quran pada bulan Ramadan ini. Dalam pada anda cuba untuk menghabiskan 30 juzuk, jangan lupa adab ketika membaca al-Quran.

10  Adab Membaca Al-Quran

Khatam al-Quran
  1. Berus gigi atau elakkan makanan yang berbau sebelum membaca al-Quran
  2. Pilih tempat yang bersih dan selesa untuk membaca
  3. Menghadap kiblat
  4. Mulakan dengan taawuz (minta perlindungan daripada syaitan) dan bismillah
  5. Khusyuk ketika membaca dan menghayati maksud bacaan
  6. Membaca dengan tertib, iaitu tidak tergopoh-gapah
  7. Menghormati bacaan sendiri dan bacaan orang lain
  8. Sunat untuk melagukan bacaan al-Quran
  9. Baca dengan tajwid yang betul
  10. Baca dengan salah satu qiraat

Sekian perkongsian kali ini semoga anda yang ingin khatam al-Quran bulan Ramadan kali ini dipermudahkan urusan. Jangan lupa untuk memperbanyakkan doa, semoga doa itu dimakbulkan.

Tetapi sekiranya anda tidak dapat khatam pada hari ke 30 Ramadan, tidak mengapa. Asalkan anda sudah berusaha. Sedangkan dengan cuma berniat buat baik sudah mendapat pahala apatah lagi sekiranya anda berusaha ke arah kebaikan itu.

Artikel Berkaitan: Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi, Jangan Jadi 4 Golongan Yang Rugi Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Adab Berdoa Kepada Allah Dengan Tertib, Doa Ketika Gelisah Untuk Dibaca (Bacaan Rumi & Maksud Disediakan)

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN