Kemboja: Bermulanya di Sini

0
1390

KEMBOJA. Nama yang biasa didengar bila menjelang Aidil Adha. Menjadi tempat tumpuan Badan kebajikan, organisasi ataupun individu untuk menjalankan ibadah korban.

EZ Qurban mula berkhidmat di Kemboja pada tahun 2007 sebagai permulaan penubuhannya. Majoriti penduduk di Negara Raja Berpelembagaan ini beragama Buddha (95%). Phnom Penh merupakan ibu Negara Kemboja dan yang dahulunya dikenali sebagai Empayar Khmer.

kemboja picture

Kemboja pernah melalui zaman kegelapan yang memberi kesan sehingga kini. Kesan daripada Perang Vietnam, sebuah organisasi komunis yang dikenali sebagai Khmer Rouge yang pada mulanya dianggap sebagai pahlawan rakyat kemboja ketika mengusir penjajah Perancis, tetapi sebenarnya merupakan duri dalam daging buat rakyat kemboja sendiri.


Kekejaman rejim Khmer Rouge yang mengorbankan nyawa hampir 1.7 juta daripada 7.1 juta populasi penduduk pada masa itu menjadi satu sejarah hitam di rantau asia tenggara yang mana kekejaman rejim ini setaraf kekejaman rejim Adolf Hitler.


Antara yang menjadi mangsa adalah komuniti Islam yang dianggap sebagai satu ancaman oleh rejim Khmer Rouge. Orang islam pada zaman itu wajib dibunuh. Krisis berakhir pada tahun 1997 setelah melalui beberapa siri rampasan kuasa sehinggalah terbentuknya semua sistem Raja Berpelembagaan.


Kesan daripada krisis ini, ramai ilmuan Islam dibunuh, kitab-kitab dibakar yang mana pada zaman sebelumnya Kemboja merupakan tempat ilmuan Islam berkembang. Bukan sahaja komuniti Islam yang terkesan dengan krisis tersebut malahan komuniti lain juga menerima tempias yang sama.

kemboja pic 2

Mereka sedang bersama-sama bangkit untuk menangani krisis ekonomi masyarakat yang mana kebanyakkan mereka yang tinggal di kawasan perkampungan masih lagi tidak ada kemudahan utiliti seperti perpaipan air dan elektrik.


Kerajaan Kemboja tidak menyekat keterlibatan orang islam dari segi ekonomi, sosiobudaya dan politik. Dalam organisasi kerajaan Kemboja terdapat beberapa orang Islam yang membarisi kabinet kerajaan. Kami melihat ini sebagai satu langkah kerajaan yang hendak membantu rakyat kemboja yang berbilang bangsa dan agama untuk segera bangkit dari sejarah hitam di tanah air mereka.

kemboja pic 3

Komuniti islam di Kemboja kebanyakannya berasal daripada bangsa Melayu Champa. Ada yang duduk di bandar, sebahagian besarnya diperkampungan pendalaman dan ada segelintir hanya tinggal di dalam sampan untuk meneruskan kehidupan.


Perkampungan orang Islam di Kemboja terdapat lebih kurang 500 buah dan majoritinya serba kekurangan. Ada yang berkeluarga di atas sampan dan ada juga yang berteduh dipondok tidak berdinding. Di Kemboja, mereka akan melalui satu musim kemarau yang agak panjang (sekitar 4-7 bulan) yang mana segala tanaman tidak dapat hidup dan sumber air semakin memencil.


Di sini timbul persoalan, bagaimana boleh datangnya isu “sudah ramai orang buat korban di Kemboja”? sedangkan kebanyakkan mereka masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

kemboja pic 4

kemboja pic 5

kemboja pic 6

kemboja pic 7

kemboja pic 8

kemboja pic 10

kemboja pic 11

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.