KEMBARA PRIHATIN UMMAH

0
273

Saban tahun EZ Qurban melancarkan kempen Akikah Ramadhan di bawah satu program yang dinamakan sebagai Kembara Prihatin Ummah. Program ini akan dilaksanakan bermula pada 1 Rejab hingga 27 Ramadhan. Antara pengisian program tersebut ialah pihak EZ Qurban akan mengumpulkan semua penyertaan ibadah Akikah (kecuali akikah permintaan hari ke-7, 14 & 21 kelahiran bayi) yang diterima pada 1 Rejab hingga 27 Ramadhan akan dilaksanakan dalam bulan ramadhan, kemudian daging-daging akikah tersebut akan dimasak dan diberi makan kepada orang yang berpuasa.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid R.Anhu, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (berbuka puasa), maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu(HR. At-Tirmidzi)

Berpandukan kepada hadis ini, EZ Qurban mengambil inisiatif untuk meletakkan nilai tambah kepada pelaksanaan ibadah Akikah itu sendiri. menjelang hadirnya bulan Ramadhan Al-Mubarak ini untuk menawarkan kepada masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia untuk sama-sama meraikan dan menghidupkan sunnah Nabi SAW iaitu dengan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.

Selain itu, EZ Qurban juga akan mengagihkan beras fidyah kepada golongan fakir miskin di negara-negara minoriti umat islam yang terpilih.

Sepertimana pada tahun-tahun yang lalu, EZ Qurban telah mengembara ke beberapa buah negara asia seperti di Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam untuk menyempurnakan misi pelaksanaan ibadah Akikah di bulan Ramadhan. Pada kali ini, EZ Qurban dengan kerjasama EZ Kembara dan kumpulan nasyid Inteam akan mengadakan Kembara Prihatin Ummah di Banda Acheh pada 4-7 Mei 2019.

Antara aktiviti yang akan diadakan di sana ialah, acara sembelihan kambing-kambing akikah, jamuan berbuka puasa bersama penduduk kampung, solat sunat tarawih di Masjid Baiturrahman, melawat tapak kesan bencana tsunami dan banyak lagi. Sila rujuk aturcara program di bawah ini.

Untuk penyertaan, sila hubungi segera 03-618 619 11 / 013-238 600
Tempat adalah terhad.



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.