Kelebihan bersahur

0
701

Capture

 

MENGAPA PERLU BERSAHUR?

Sahur ialah makan pada waktu awal pagi sebelum terbitnya fajar (masuk waktu subuh) dengan niat untuk berpuasa pada siang harinya. Amalan bersahur ini juga merupakan sunnah Nabi SAW yang perlu diamalkan terutama sekali bagi orang yang hendak berpuasa di bulan Ramadhan. Di antara sebab-sebab mengapa kita harus bersahur ialah:

 

  1. Bersahur ialah sunnah Nabi SAW.
  2. Beroleh keberkatan dalam bersahur.
  3. Membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang yahudi dan nasrani.
  4. Memberi kekuatan dan tenaga untuk berpuasa.
  5. Menambahkan pahala berpuasa dengan amalan sunat.

 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain: “Sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur”. (Hadith Riwayat Ahmad & Ibnu Hibban)

Terdapat banyak lagi hadith yang menceritakan tentang kelebihan bersahur. Apa yang penting di sini ialah sejauh mana kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan ini dengan melakukan amalan-amalan sunat di dalam berpuasa sepertimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

 

Wallahu A’lam.

Selamat Berpuasa.
UST. MOHD AMIRUL BIN KAMARUDIN

Pendakwah Bebas / Penasihat Syariah

EZ QURBAN SDN. BHD.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.