Ibadah Korban Yang Terbaik

Ibadah Korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan dengan tujuan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

لَنْ يَنَالَ اللهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ

Maksudnya: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali

akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang

 ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu”.

(Surah Al-Hajj: 37)

Saban tahun umat islam khususnya di Malaysia menyambut perayaan Aidil Adha dengan melaksanakan ibadah korban di qariah masing-masing. Setiap masjid dan surau akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan haiwan lembu dan kambing yang sesuai untuk dikorbankan. Manakala pengusaha ternakan juga berusaha untuk menyediakan bekalan secukupnya bagi memastikan setiap permintaan itu dapat dipenuhi dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Secara purata, sebuah masjid atau surau memperuntukkan 5 hingga 10 ekor lembu korban dengan harga RM5,000-RM6,000 untuk seekor lembu, manakala untuk satu bahagian RM700-800. Ini kerana kebanyakannya masyarakat ingin menyertai ibadah korban secara berkelompok iaitu berkongsi haiwan korban lembu yang dibahagikan kepada 7 bahagian. Dengan ini, mereka tidaklah merasa berat untuk mengeluarkan kos yang tinggi bagi mendapatkan seekor lembu korban. Hal ini berlaku oleh kerana disebabkan masalah kenaikan harga ternakan lembu & kambing yang semakin meningkat dan bekalan yang agak terhad.

1. MEMILIH HAIWAN KORBAN SENDIRI

Ibadah Korban

Bagi golongan yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban dengan seekor haiwan yang sempurna, maka digalakkan untuk memilih haiwan korbannya itu sendiri. Antaranya ialah haiwan korban yang paling banyak dagingnya. Sepertimana yang telah disebutkan oleh para ulamak mengenai turutan ibadah korban yang terbaik.

KEUTAMAAN HAIWAN KORBAN:

  1. Unta
  2. Kerbau
  3. Lembu
  4. Biri-biri
  5. Kambing

2. MENYEMBELIH SENDIRI HAIWAN KORBANNYA

Bagi peserta lelaki disunatkan untuk menyembelih sendiri haiwan korbannya, jika berkemampuan (iaitu berkemahiran untuk menyembelih). Hal ini berdasarkan sebuah hadis. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.Anhu, katanya:

ضَحَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

Maksudnya:Nabi SAW menyembelih dua ekor kibash berwarna putih yang bertanduk

(sebagai korban) dengan tangannya sendiri, sambil Baginda menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibash tersebut

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan perbuatan Nabi SAW melalui hadis di atas, maka disunatkan bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban menyembelih sendiri haiwan korbannya, ini kerana ittiba’ (mengikut) perbuatan Nabi SAW. Dimana Baginda sendiri pernah menumbangkan 100 ekor unta dan menyembelih 63 ekor daripadanya. Selebihnya itu diserahkan kepada Saiyidina Ali R.Anhu untuk menyelesaikannya.

Tetapi, jika sekiranya dia tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, maka boleh juga dia mewakilkan orang lain untuk menyembelih haiwan korban bagi pihak dirinya, namun disunatkan baginya untuk melihat sendiri sembelihan itu walaupun bukan dirinya yang melakukan sembelihan tersebut.

Imam Al-Azra’i rahimahullah berkata: “Disunatkan bagi lelaki yang uzur, lemah dan sebagainya -tidak mampu untuk menyembelih sendiri, supaya mewakilkannya dan menyaksikan sembelihan tersebut”.

3. MENYAKSIKAN SEMBELIHAN KORBAN

Ibadah Korban

Bagi peserta yang tidak mampu untuk menyembelih sendiri (khususnya kaum wanita), disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan acara sembelihan korban, setelah dia mewakilkan sembelihan tersebut kepada tukang sembelih. Hal ini berdasarkan sebuah hadis. Dimana Nabi SAW memerintahkan kepada anak perempuannya, Saiyidatina Fatimah R. Anha:

قَوْمِي إِلَى أُضْحِيَّتِكَ فَاشْهَدِيهَا فَإِنَّ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبُكَ

Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan haiwan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan

dosa kamu yang terdahulu”.

(Hadis Riwayat Al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawa arahan Nabi SAW kepada Saiyidatina Fatimah R.Anha supaya menyaksikan sembelihan itu menunjukkan bahawa beliau telah mewakilkan orang lain untuk melaksanakan sembelihan bagi pihak dirinya. Malah hadis ini juga menunjukkan sunat bagi mereka yang berkorban untuk melihat sembelihannya.

Selain itu, hadis di atas juga menjelaskan tentang kelebihan menyaksikan sembelihan sendiri kerana dengan titisan darah yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

4. MENGAGIHKAN SENDIRI DAGING KORBAN

Kemeriahan suasana acara sembelihan korban yang disusuli pula dengan pengagihan daging korban kepada penduduk setempat, malah peserta korban itu juga digalakkan untuk mengagihkan sendiri daging-daging korbannya kepada ahli qariah. Ini dapat dilihat sebagai menghidupkan dan menzahirkan syiar agama Islam. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ

“Dan Kami jadikan unta (sebagai haiwan korban yang akan disedekahkan kepada

fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari Syiar agama Allah untuk kamu;

pada sembelihan unta tersebut ada kebaikan bagi kamu”.

(Surah Al-Hajj: 36)

Selain daripada itu, ibadah korban juga memupuk kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain, dengan hanya memberi sebuku daging korban. Inilah keindahan dan kemurnian Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Betapa besar rahmat-Nya dalam menyatu-padukan umat Islam tanpa membezakan antara yang miskin mahupun yang kaya. Semua golongan dapat berhari raya sambil menikmati daging-daging korban yang disembelih semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.

Keempat-empat perkara yang disebutkan di atas menjadi asas dan panduan bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban yang terbaik, sesuai dengan keutamaan dan fadhilatnya.

Namun tidaklah dinafikan bagi mereka yang memilih untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara. Kerana ibadah korban di luar negara adalah altenatif yang ada pada masakini, iaitu bagi mereka yang ingin mendapatkan harga penyertaan korban yang lebih rendah, dalam masa yang sama mereka hanya mahu mewakilkan pelaksanaan korban sahaja, tanpa menyaksikan sembelihan tersebut.

Apa yang penting, mereka tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban walaupun dengan hanya satu bahagian lembu korban sahaja.

Wallahu A’lam.

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN