Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban

Sebelum kita menjelaskan hukum korban, suka untuk saya jelaskan dahulu maksud Qurban. Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti Unta, Lembu dan Kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) yang dilakukan selepas solat Hari Raya dan pada hari-hari tasyriq berikutnya (11, 12, 13 Zulhijjah) bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara syarat-syarat melaksanakan Ibadah Qurban ialah:

1. Beragama Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Berkemampuan

5. Merdeka

Dalil Pensyariatan Ibadah Korban

Jika di nusantara dahulu khususnya di tanah jawa atau di negara Malaysia sendiri, upacara menyambut kelahiran bayi ini lebih dikenali

Berdasarkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S yang telah digantikan dengan seekor Kibas dengan kuasa Allah S.W.T., maka Allah telah mensyariatkan Ibadah Qurban kepada umat Islam.

Ianya berdasarkan firman Allah S.W.T.:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar: 2)

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ

“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.” (Surah Al-Hajj: 34)

Hukum Melaksanakan Ibadah Korban

Foto Hiasan – Sumber:Malaysia-China Insight

Kembali kepada tajuk utama, Apakah hukum melaksanakan Qurban? Adakah ianya wajib atau sunat?

Hukum melaksanakan Ibadah Qurban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat Qurban. Makruh bagi mereka yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan Qurban.

Akan tetapi tidak berdosa bagi mereka yang tidak melaksanakan Ibadah Qurban walaupun tiada sebarang keunzuran.

Melaksanakan Ibadah Qurban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut. Ibadah Qurban adalah Ibadah sunat yang sangat disukai Allah SWT.

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.” (Riwayat al-Hakim)

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN