Hukum Khatam al-Quran Berjemaah

Pernahkah anda tertanya-tanya tentang hukum khatam al-Quran beramai-ramai?

Selalunya pada bulan Ramadan, ada asatizah di masjid atau komuniti Islam di mana-mana sahaja akan menubuhkan kumpulan untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran atau dalam erti kata lain khatam al-Quran.

Khatam berjemaah atau khatam dengan membahagikan bacaan al-Quran mengikut juzuk ini selalunya dilakukan selesai solat tarawih pada bulan Ramadan. 

Namun sejak penularan COVID-19, khatam berjemaah dilakukan dengan membina group di aplikasi Whatsapp dan bahagikan juzuk mengikut kumpulan. 

Juzuk-juzuk kemudian dibaca di rumah sendiri kemudian kemaskini perkembangan bacaan di dalam Whatsapp.

Tetapi apakah ini dikira sebagai khatam al-Quran?

Definisi Khatam al-Quran

hukum khatam al-quran

Khatam bermaksud menutup atau tamat dari bahasa Arab  (ختم) . 

Jadi Khatam al-Quran adalah menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran secara menyeluruh secara bacaan atau hafazan.

Tetapi sekiranya seseorang itu cuma membaca beberapa juzuk adakah ia dipanggil khatam al-Quran atau khatam juzuk?

Khatam al-Quran Secara Berkumpulan, Sah Ke?

Jawapan yang diberikan ini adalah daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ikutinya dalam artikel ini.

Membaca al-Quran adalah salah satu amalan sunnah yang dituntut. Malah digemari oleh Allah SWT sehingga menjanjikan ganjaran dan darjat yang tinggi.

Daripada Abu Musa, Rasulullah telah bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَالَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا، وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الرَّيْحَانَةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ، وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ، طَعْمُهَا مُرٌّ وَلاَ رِيحَ لَهَا ‏”‏‏.

‏Maksudnya: “Perumpamaan orang yang beriman yang membaca al-Qur’an ialah seperti buah Utrujah (buah limau) , yang baik rasanya dan baik baunya. Dan perumpamaan orang yang beriman yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah tamar (kurma), mempunyai rasa yang baik tetapi tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an ialah seperti buah Raihana (kemangi), yang baik baunya tetapi pahit rasanya. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Hanzalah (labu pahit), pahit rasanya dan tiada apa-apa bau. “

Riwayat al-Bukhari (7560)

Kadang-kadang khatam al-Quran akan disambut pula dengan majlis untuk meraikan pembaca dan juga memohon berkah dari Allah dengan memberi makan kepada jiran tetangga.

Malah sewaktu zaman Nabi, majlis khatam juga dilaksanakan.

Athar kepada Anas bin Malik RA:

كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ، جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهْلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ

Maksudnya: “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” 

Riwayat al-Darimi (3517)

Imam al-Nawawi mengatakan amalan hadir majlis khatam al-Quran adalah sunnah muakkad. (Rujuk: Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran, hlm. 159).

Selain itu, majlis ini dipanggil majlis zikir kerana terkandung bacaan al-Quran.

Hadis Riwayat Abu Hurairah R.A, Baginda SAW telah bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Maksudnya: “Tidaklah suatu kaum berkumpul diantara rumah-rumah Allah sambil membaca Kitabullah, dan saling mempelajari diantara mereka. Kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, dan diberikan rahmat serta malaikat akan menaunginya. Dan mereka akan diingat disisi Allah.”

Riwayat Muslim (2699)

Oleh sebab itu khatam al-Quran sememangnya dikejar bukan sahaja untuk menamatkan al-Quran tetapi juga untuk menjemput rezeki dengan majlis zikir ini.

Hukum Bahagikan Juzuk al-Quran, Khatamkah?

hukum khatam al-quran

Jawapan paling ringkas berkenaan hukum khatam al-Quran berjemaah, seseorang itu hanya disebut khatam al-Quran hanya selepas dia berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk dengan penuh (Juzuk 1 sehingga Juzuk 30) atau apabila dia mendengar bacaan 30 juzuk secara bertadarrus iaitu saling memperdengarkan bacaan masing-masing sesama ahli tadarus.

Jadi, sekiranya dia cuma membaca sebahagian, atau hanya juzuk tertentu sahaja, dan tidak membaca atau mendengar bacaan daripada juzuk-juzuk berbaki maka dia tidak dianggap sebagai khatam al-Quran.

Namun, jangan jadikan ini sebagai pematah semangat untuk mengaji atau khatam.

عن عبدِ اللَّهِ بنِ عمرٍو أنَّهُ قالَ: يا رسولَ اللَّهِ! في كم أقرأُ القرآنَ؟ قالَ: في شَهرٍ. قالَ: إني أقوى من ذلِكَ، يردِّدُ الْكلامَ أبو موسى وتناقصَهُ حتَّى قالَ: اقرأْهُ في سبعٍ. قالَ: إني أقوى من ذلِك. قالَ: لاَ يفقَهُ من قرأَهُ في أقلَّ من ثلاثٍ

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amr bertanya kepada Nabi S.A.W: Berapa hari saya harus menyelesaikan pembacaan seluruh Al-Qur’an, Ya Rasulallah? Baginda menjawab: Dalam satu bulan. Beliau berkata: Saya lebih bertenaga untuk menyelesaikannya dalam tempoh kurang daripada ini. Beliau (Abdullah) terus mengulangi kata-kata ini dan meminta dikurangkan tempoh sehingga baginda berkata: Lengkapkan pembacaannya dalam tujuh hari. Beliau sekali lagi berkata: Saya lebih bertenaga untuk melengkapkannya dalam tempoh yang kurang daripada ini. Nabi S.A.W bersabda: Barangsiapa yang mengakhiri pembacaan Al-Quran dalam waktu kurang dari tiga hari maka dia tidak akan mengerti”

Riwayat Abu Daud (476)

Hadis ini menerangkan betapa kita tak perlu berkejar untuk menamatkan al-Quran.

Apa yang penting adalah, menghayati bacaan dengan fokuskan kepada kualiti bacaan, semakan tajwid dan tadabbur bagi memahaminya.

Tetapi sekiranya anda ingin berusaha khatam al-Quran mengikut fasa anda sendiri, anda boleh cuba dengan membaca 4 muka surat pada setiap 5 kali solat.

Tips Khatam al-Quran:

  1. Solat Subuh 4 halaman
  2. Solat Zohor 4 halaman
  3. Solat Asar 4 halaman
  4. Solat Maghrib 4 halaman
  5. Solat Isyak 4 halaman

Jika anda lakukan ini, insya-Allah akan khatam dalam masa sebulan lebih sahaja.

Sekian perkongsian kali ini.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh terus bertanya di ruangan komen di bawah.

Semoga hukum khatam al-Quran ini bermanfaat kepada anda.

Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN