Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh

Kalau anda ada anak yang baru berumur 5 tahun ingin berpuasa, adakah anda akan terangkan hukum berpuasa kepadanya?

Pernahkah anak anda diberikan jawapan ini?

“Adik tak perlu puasa lagi”

“Adik kecil lagilah”

Jangan patahkan semangat anak anda. Dalam artikel ini kami akan nyatakan hukum berpuasa untuk mereka dan juga cara-cara melatih mereka berpuasa.

Jadi bolehlah ceritakan ganjaran berpuasa bukan hanya duit raya yang penuh, tetapi juga ganjaran dalam bentuk pahala yang boleh ‘ditebus’ kelak.

Apakah Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh?

Hukum Berpuasa Kanak-Kanak Belum Baligh

Kriteria atau hukum umat Islam yang wajib berpuasa yang disebut para ulama Syafie adalah:

  1. Beragama Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Mampu 

Bagi kanak-kanak yang belum baligh dalam umur mumayyiz atau belum mumayyiz tidak diwajibkan berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَبْلُغَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَبْرَأَ

Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras”.

Sunan Abi Dawud (4402)

Maksud amalan mereka tidak dicatat bermaksud tanggungjawab mereka melaksanakan sesuatu hukum-hakam tidak dibebankan.

Tetapi adakah puasa mereka sah?

Hukum Berpuasa Kanak-Kanak Belum Baligh

Untuk ini, kanak-kanak yang mumaiyiz, puasa mereka masih sah. Manakala yang belum mumaiyiz pula dianggap tidak sah kerana tidak memenuhi syarat sah puasa iaitu tamyiz.

Kata Imam al-Qalyubi:

(وَالْعَقْلُ)

أَيْ التَّمْيِيزُ فَيَصِحُّ صَوْمُ الْمُمَيِّزِ

Maksudnya: (Dan salah satu syarat sah puasa itu) ialah berakal, dalam erti kata tamyiz, iaitu mampu membezakan antara baik dan buruk; maka sah puasa seorang kanak-kanak yang sudah mumayyiz. 

Rujuk Hasyiyata al-Qalyubi wa ‘Umairah 2/76

Tetapi sebagai ibu bapa atau penjaga kepada anak, perlulah muka mengajar atau perkenalkan ibadah puasa ini sekurang-kurangnya ketika mereka berumur 7 tahun.

Sekiranya mereka mampu dan larat pada usia itu, mereka boleh dilatih puasa. Malah sekiranya mereka ingkar, boleh dipukul dengan tujuan mengajar bukan menyeksakan apabila usia mereka lengkap 10 tahun.

Pukulan tersebut, sekali lagi kami ingatkan bukanlah untuk menyeksa, tetapi untuk menjadikan ibadah itu sebati dengan mereka supaya tidak kekok ketika dewasa untuk berpuasa.

Sama seperti hukumnya untuk mengajar anak solat, pukul pada umur tertentu untuk tujuan mengajar.

مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

Maksudnya: Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).

Sunan Abi Dawud (494) 

Rujuk Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din, hlm. 38 dan Fiqh al-Siyam hlm. 2

Mari lihat pula cara-cara memperkenalkan ibadah puasa kepada anak:

  • Lihat kemampuan mereka untuk berpuasa
  • Kenalkan bulan Ramadan dan fadilatnya
  • Buat secara berperingkat (puasa separuh hari atau suku atau penuh, puasa mengikut umur)
  • Penuhkan aktiviti pada bulan puasa supaya anak tidak tumpukan perhatian kepada waktu berbuka sahaja
  • Hidangkan makanan kegemaran mereka untuk sahur dan berbuka
  • Masak makanan yang cepat kenyang (makanan tinggi zat dan serat)
  • Ajar anak untuk berdisiplin walaupun puasa selama setengah hari sahaja
  • Puji dan berikan galakan yang positif
  • Elakkan makanan yang mengandungi tinggi gula dan garam
  • Jangan paksa makan atau minum berlebihan

Rujuk artikel ini untuk penerangan yang lebih terperinci.

Hukum Berpuasa Kanak-Kanak Belum Baligh

Ibu bapa yang ingin melatih anak untuk berpuasa jangan terlalu berkeras untuk anak yang masih belum baligh ini.

Mungkin dengan ajaran lembut pada peringkat pertama akan melembutkan hati mereka untuk belajar lagi tentang bulan Ramadan.

Galakkan adik beradik yang lain untuk sama-sama berlumba-lumba habiskan puasa tahun ini.

Sediakan kalendar khas Ramadan untuk melihat pencapaian masing-masing.

Boleh disimpan sampai bila-bila sebagai kenangan atau, cabaran kepada diri mereka sendiri untuk buat lebih baik pada tahun hadapan.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga tahun ini anak kecil yang dah tak sabar nak berpuasa itu diberikan peluang untuk menikmati bulan Ramadan seperti abang kakaknya yang lain.

Barulah keluarga sakinnah, mawaddah dan rahmah!

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN