Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?

Selalu terdengar sekiranya timbul perasaan kasihan kepada haiwan korban, daging korban itu menjadi haram dimakan.

Adakah ia benar?

Tetapi bukankah sunat melihat sembelihan itu walaupun bukan dia yang melakukan sembelihan itu.

Ini daripada hadis yang Rasululllah SAW bersabda:

قَوْمِي إِلَى أُضْحِيَّتِكَ فَاشْهَدِيهَا فَإِنَّ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبُكَ. قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَنَا أَهْلَ الْبَيْتِ خَاصَّةً أَوْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ: بَلْ لَنَا وَلِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً

Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita ahli Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya”.

Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak (7525)

Daripada hadis diatas:

  1. Nabi SAW telah mengarahkan Fatimah R.Anha untuk keluar melihat sembelihan itu menunjukkan Fatimah R.Anha telah mewakilkan orang lain untuk melakukan sembelihan (wakil).
  2. Arahan ini juga telah menunjukkan sunat bagi seseorang untuk melakukan korban untuk melihat sembelihannya.
  3. Hadis ini juga telah mencaritakan kelebihan melihat sembelihan sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa terdahulu.
  4. Hadir ke tempat penyembelihan untuk menyaksikannya juga dapat menzahirkan syiar Islam.

Tetapi macam mana kalau perasaan kasihan terzahir ketika menyaksikan haiwan itu disembelih?

Untuk menjawab ini kami telah merujuk daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di dalam artikel tersebut, Mufti telah membahagikan beberapa aspek yang perlu dilihat sebelum menghukumkan daging sembelihan itu haram atau halal untuk dimakan.

Hukum dan Pensyariatan Sembelihan

Haram Dimakan

Umum mengetahui betapa Islam menitik berat tentang makanan dan minuman sama ada halal atau haram. Ini termasuk dari sumber memperolehnya. Allah SWT berfirman:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.

Surah al-Maidah: 3

Syarat-syarat Penyembelihan

Haram Dimakan

Allah SWT memerintahkan untuk menyembelih haiwan supaya ia halal dimakan. Ulama telah memberikan garis panduan untuk menyembelih binatang dan juga meletakkan syarat-syarat ke atasnya:

  1. Berakal: Penyembelih samada lelaki atau wanita, baligh atau mumaiyiz. Ini adalah daripada pendapat jumhur
  2. Islam atau Ahli Kitab: Jika penyembelih itu orang yang murtad, sembelihan itu tidak sah
  3. Binatang buruan yang halal dan bukan binatang buas

Firman Allah:

أُحِل لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا

Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan

Surah al-Maidah: 96

  1. Disyaratkan untuk menyebut Allah SWT ketika sembelih sama ada oleh orang Islam atau ahli Kitab. Sekiranya penyembelih bisu atau terlupa, dibolehkan untuk memakannya.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّـهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa)

Surah al-An’am: 121

  1. Tidak mencampur adukkan dengan membesarkan Allah SWT dan selainnya, samada sebutan secara jelas atau tidak.
  2. Putuskan halkum dan urat marih untuk mempercepatkan kematian
  3. Peralatan sembelih adalah tajam dan tidak diperbuat daripada tulang, kuku dan gigi.

(Syarat penyembelihan ini adalah untuk sembelihan umum, tidak terhad kepada sembelihan haiwan korban)

Haram Dimakan

Daripada syarat-syarat penyembelihan yang digariskan di atas, tiada satu pun yang mengatakan perasaan kasihan kepada haiwan menjadikan ia haram dimakan.

Sifat kasihan adalah lumrah manusia. Oleh itu kita harus menjaga adab-adab dan sunat-sunat ketika penyembelihan.

Ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan sembelihan tanpa menyakitinya. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Ya’la bin A’us RA, sabda Nabi SAW:

فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ

Maksudnya: Apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik, dan apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan baik.

Hadis Riwayat Muslim (1955)

Berihsanlah ketika mengendali haiwan korban. Insya-Allah ada berkatnya.

Artikel Berkaitan: Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?, Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban, Semua Soalan Korban: 28+ Jawapan FAQ Korban Diringkaskan EZ Qurban, Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?, Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?, Adakah Haiwan Yang Dimandulkan Boleh Dijadikan Korban?, Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN