FIDYAH – Berhutang Dengan Allah!

0
708

Oleh : USTAZ MOHD AMIRUL KAMARUDIN
mediaezqurban@gmail.com


Puasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Oleh itu, setiap muslim yang mukallaf hendaklah menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan pengharapan (ganjaran pahala) di sisi Allah SWT.

Jika sekiranya seseorang muslim itu meninggalkan puasa dengan sengaja atau disebabkan keuzuran yang dibenarkan syarak, maka dia wajib menggantikan puasanya. Tetapi, bagi mereka yang tidak terdaya untuk menggantikan puasanya, maka dia hendaklah membayar fidyah sebanyak bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

Hal ini berdasarkan Firman Allah SWT:

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Maksudnya: “Oleh itu, barangsiapa yang sakit atau sedang bermusafir, maka (bolehlah ia berbuka) kemudian hendaklah dia menggantikan puasa sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain (selepas ramadan). Dan bagi mereka yang tidak terdaya untuk berpuasa (kerana sakit tua dan sebagainya) maka hendaklah ia membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang-orang miskin” (Surah Al-Baqarah: 184)

Dalam ayat di atas, Allah SWT menjelaskan kepada kita bahawasanya, puasa yang ditinggalkan itu tetap wajib diganti pada hari-hari yang lain mengikut bilangan hari puasanya. Oleh kerana itu, puasa tersebut sudah menjadi hutangnya kepada Allah SWT.

Manakala bagi mereka yang tidak terdaya untuk menggantikannya, maka dia hendaklah membayar fidyah kepada orang-orang miskin.

Agihan Beras Fidyah di Rohingya Refugee Camp, Arakan, Myanmar.

Definisi Fidyah

Fidyah ialah bayaran yang dikenakan ke atas seseorang muslim yang meninggalkan puasa wajib Ramadan atas sebab-sebab tertentu.

Antara sebab-sebab dikenakan fidyah, adalah seperti berikut:

1. Tidak terdaya untuk menggantikan puasanya disebabkan sakit tua atau sakit yang tiada harapan sembuh. Maka dalam keadaan demikian, dia wajib membayar fidyah.

2. Lewat menggantikan puasa sehingga tiba bulan Ramadan yang berikutnya. Dalam hal ini, dia tetap wajib menggantikan puasanya dan dalam masa yang sama, dia juga wajib membayar fidyah kerana fidyah itu sudah menjadi denda baginya kerana lewat ganti puasa.

Hukum Membayar Fidyah

Hukum membayar Fidyah adalah wajib. Oleh itu, jika sekiranya dia mengabaikannya, maka dia dikira berhutang dengan Allah SWT.

Sudahlah dia tidak berpuasa, kemudian dia tidak pula menggantikan puasanya, malah dia juga tidak mahu membayar fidyah. Maka amat beratlah hukumannya di sisi Allah SWT.

Cara Membayar Fidyah

Hendaklah membayar fidyah dengan cara memberi makanan asasi kepada fakir & miskin seperti beras, roti atau gandum (mengikut makanan asasi pada sesuatu tempat atau wilayah)

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah ialah sebanyak 1 cupak (beras) atau pada kiraan timbangan secara purata ialah seberat 700 gram bersamaan dengan RM1.90 mengikut harga semasa sekilogram beras di Malaysia. Oleh itu, bilangan 1 hari puasa = 1 cupak beras.

Semoga penjelasan ringkas ini memberi manfaat dan kefahaman kepada kita semua, insya’Allah.

Agihan Beras Fidyah di Perkampungan Muslim di Kemboja

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi, kami mengajak anda untuk menyemak kembali, jika masih ada puasa yang belum diganti atau bayaran fidyah yang belum dijelaskan.

EZ Qurban menawarkan perkhidmatan pembayaran Fidyah. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Fidyah, boleh terus berhubung dengan pegawai kami:-

FB Messenger: m.me/ezfidyah
Call & Whatsapp: 013-2000784
Email : ezfidyah.ezq@gmail.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.