EZ Qurban Jenama Pilihan Anda

0
102

KUALA LUMPUR – EZ Qurban Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai penerima anugerah dalam kategori People’s Choice Awards, Emerging Brand of The Year dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Islam (IEA) 1441H/2020M yang berlangsung pada 07 Januari 2020 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Majlis yang penuh gemilang ini dihadiri oleh DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

Anugerah yang digelar Jabir Ibn Hayyan Emerging Brand of the Year di anugerahkan kepada EZ Qurban atas inisiatif yang ditunjukkan oleh organisasi ini yang pesat membangun serta menyokong kecemerlangan melalui prinsip dan nilai-nilai Islam.

EZ Qurban Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan korban dan akikah semenjak April 2007.

Fokus utama organisasi ini adalah untuk menyampaikan kesedaran tentang kepentingan ibadah korban dan akikah kepada masyarakat Islam di Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Dengan anugerah ini, kami akan lebih bersemangat dan komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada kami untuk menguruskan pelaksanaan Ibadah Korban dan Akikah dengan lebih efisien dan produktif.

Disamping itu, kami juga akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa mengikut pensijilan standart ISO 9001:2015.

Terima kasih rakyat Malaysia!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.