Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan doa ibu bapa yang boleh dibacakan dan disertakan sekali bacaan dalam tulisan rumi.

Doa ini boleh dibacakan pada bila-bila masa tidak kiralah selepas solat atau sebelum tidur.

Mengapakah Doa Ibu Bapa Dianjurkan Untuk Dibaca?

Doa Ibu Bapa

Sebelum anda teruskan bacaan untuk doa ibu bapa, kami ingin berkongsi satu hadis berkenaan bacaan doa kepada kedua-dua orang tua.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 

Riwayat Muslim (1631)

Selain daripada itu, ada beberapa potongan surah yang mengandungi hal-hal berkaitan berdoa kepada ibu bapa. 

Antaranya:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Surah Ibrahim: 41

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.”

Surah Nuh: 28

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Surah al-Isra’: 24

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Surah al-Isra’: 24

Doa dalam rumi ini semestinya juga disediakan dalam bahasa Arab juga.

Bacaan Doa Untuk Ibu Bapa Dalam Bahasa Arab Dan Rumi

Doa Ibu Bapa

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Rumi: Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

Maksud doa untuk ibu bapa: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Doa diatas ini dibacakan sekiranya bersendirian, jika dibacakan beramai-ramai, tukarkan kepada ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Rumi: Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayana soghira

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Bacaan doa untuk ibu bapa, atuk dan nenek:

Doa Ibu Bapa

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Rumi: Allahummagh firlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayana soghira

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa

Selain daripa mendoakan kesejahteraan mereka di duia dan di akhirat, ada banyak cara lain seorang anak boleh berbakti kepada mereka.

Antaranya adalah:

  • Membantu dari segi kewangan ibu bapa dan keluarga
  • Memastikan tempat tinggal ibu bapa selesa
  • Memberikan kasih sayang dan perhatian
  • Cuba untuk memenuhi permintaan ibu dan bapa
  • Tidak melakukan apa-apa yang tidak diredhai Allah
  • Mencari peluang untuk luangkan masa bersama-sama
  • Bercakap dengan lemah lembut
  • Berkongsi kegembiraan
  • Berhubungan kerap

Kesimpulannya, pilihlah bacaan doa yang bersesuaian untuk dibacakan kepada ibu dan bapa. Jangan lupa untuk mendoakan kedua-dua ibu dan bapa dalam apa jua keadaan sekalipun.

Walaupun terlupa bacaan ruminya, anda juga boleh mendoakan apa yang terbaik untuk mereka dalam apa jua bahasa kerana Allah SWT memahami semua bahasa.

Asalkan doa tersebut adalah doa yang baik dan tidak bercanggah dengan agama.

Sama ada ibu atau bapa masih hidup atau telah meninggal dunia, ingatlah tidak terputus berkat doa anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa.

Doa untuk ibu bapa ini boleh dibaca selepas solat, ataupun pada bila-bila masa sahaja.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan kepada semua.

Artikel berkaitan: 8 Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir, 13 Cara Mendidik Anak Dengan Belas Ihsan Dan Dalam Islam, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan

______

Doa Ibu Bapa

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN