Daging Akikah Sunat Dimasak Manis?

0
777

Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk (jil. 8, hlm. 410) berkata:

Maksudnya: “Mengenai masakan daging akikah, ada dua pandangan. (Pandangan pertama): Dimasak masam. Pendapat ini dinukilkan oleh al-Baghawi daripada nas al-Syafii yang mana ianya berdalilkan hadith riwayat Jabir bahawa Nabi SAW bersabda: ‘Sebaik-baik lauk itu cuka’ “.

(Riwayat Muslim)

 

[read more=”Read more” less=”Read less”]

(Pendapat yang lebih sahih daripada kedua-duanya) dan yang lebih masyhur daripada kedua-duaya dan ianya juga telah diputuskan oleh penyusun [al-Syirazi] dan jumhur ulama: Dimasak manis, sempena baik dengan keelokan akhlaknya. Telah sabit dalam hadith Sahih bahawa, “Nabi SAW sukakan yang manis dan madu…”

Berhujahkan hadith ini, sekiranya dimasak masam, maka mengenai kemakruhannya ada dua pandangan yang dihikayatkan kedua-duanya oleh Rafi’i. Namun, pandangan yang sahih ialah ia tidak makruh kerana tiada tegahan mengenainya.

 

DAGING DIMASAK

***

Kesimpulannya, Sunat daging Akikah itu dimasak manis kerana mengambil sempena dengan manis (elok) perangai kanak-kanak.

Akan tetapi jika dimasak masam dan sebagainya, tidaklah makruh kerana tidak ada tegahan padanya.

Wallahu a’lam.

MASAK CARA LAMA

– MASAK CARA LAMA –

 

 

MASAK DAGING AKIKAH

 

(Rujukan daripada kitab Sabil al-Muhtadin)

 

 

[/read]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.