COVID-19: Ambil Langkah Penjimatan

0
76
Berjimat-cermatlah dalam berbelanja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Gambar: Bernama.

oleh: MUHAMMAD HAFEEZ FIRDAUS TOHARUDDIN
mediaezqurban@gmail.com

RAWANG – Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan !diri sendiri, kita wajib menuruti perintah kawalan pergerakan bagi menangani wabak covid-19.

Dan pastinya kehidupan kita bekerja seharian agak berbeza bila terpaksa ‘berkurung’ di rumah selama tempoh 28 hari.

Dalam kita melakukan pelbagai aktiviti di rumah, pastinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada penggunaan elektrik dan air.

Sebagai peringatan sebelum terjadi, tunjukkan tanda keprihatin kita dengan berhemah serta berjimat- cermat dalam penggunaan elektrik dan air. Elakkan pembaziran.

Pastinya kita tidak mahu berlaku sebarang kesulitan lebih-lebih lagi disaat menghadapi tempoh pencegahan wabak covid-19 ini.

Semua situasi ini boleh dielakkan. Siapa lagi kalau bukan kita yang mengawalnya.

Tepuk dada tanya diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.