CATATAN KEMBARA KORBAN DI CHITTAGONG: HARI PERTAMA

0
416

catatan-dari-bangladesh

catatan-dari-bangladesh-2

catatan-dari-bangladesh-3

catatan-dari-bangladesh-4

 

Bangladesh raya pada 13 September, sehari lewat berbanding Malaysia. Alhamdulillah saya dah team-up dengan Amir Tiga Roda dan Faiz Izzuddin – staf EZQURBAN yang tiba lebih awal di sini. Dapatlah kami Solat Hari Raya Eidiladha di masjid.

Solat raya di sini dibuat di masjid dan di kawasan lapang. Tempat kami solat dibina khas untuk solat raya saja. Tiang dari buluh, bumbung kanvas siap ada kipas siling lagi. Lepas solat, semuanya akan dibuka semula. Majoriti Muslim Bangladesh bermazhab Hanafi. So, ada beza sikit la dengan cara kita mazhab Syafi’ie. Lepas takbiratul ihram, imam baca Al-Fatihah, baca surah dan kemudian baru takbir 7x. Sedap bacaan imam..

Yang menariknya, semua masjid dikawal puluhan anggota polis lengkap bersenjata. Polis biasa dan polis komando (macam polis UTK kat Malaysia) buat kawalan ketat. Setiap kenderaan diperiksa sampai dibawah kereta dengan alat yg ada cermin tu.. apentah namanya.. Kami bertiga ditahan, sebab bawa beg sandang dan diminta buka beg untuk diperiksa oleh anggota beruniform. Tiba-tiba, terdengar suara seorang lelaki Bangladesh pakai baju biasa berkata “tourist.. tourist..” , lalu kami dibenarkan masuk kawasan masjid. Kami rasa itu adalah anggota SB dia yang dah terlebih dahulu memerhatikan kami. Fuhhh…

Rupa-rupanya, ada kejadian serangan bom berlaku di sini. Raya Aidilfitri yang lepas, ada bom meletup ketika solat raya.. ramai yang terbunuh dan cedera.

Barangkali, inilah solat raya yang akan paling saya ingati.

SALAM AIDILADHA dari Chittagong, Bangladesh.

 

Catatan : FB USTAZ ABUAMIN HADI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.