CATATAN KEMBARA KORBAN DI CHITTAGONG: HARI KELIMA

0
814

14291850_10205405214288466_7888801258898995210_n

14368926_10205405214848480_7632621208588790384_n

14358732_10205405215088486_7029876963596721062_n

14258266_10205405215328492_5252353115572484749_o

 

[ CATATAN CHITTAGONG ]

Sistem pengangkutan awam di Chittagong memang cekap, terutamanya kenderaan CNG @ Tut-Tut @ Bajaj. Motor 3 roda ni boleh mencilok dengan laju di mana-mana sahaja, boleh bergerak melawan arus, boleh u-turn di kawasan sibuk, boleh bawa 7 penumpang (termasuk kanak-kanak) dan macam-macam lagi kebolehannya !

Peraturan jalan-raya di sini ialah : “Ikut suka engko!” Jalan raya takde line dan boleh ambik lap makan jalan sebelah sesuka hati. Saya pergi ke kampung naik Toyota Vios yang disewa. Kereta Vios kat sini boleh jalan off-road dengan cemerlang! Tiada laluan yang mustahil baginya, ditambah dengan driver yang akan bawa laju, mencilok2 dan membrek mengejut sesuka hati sampai kami terhantuk beberapa kali.. aduuiiii…

Kalau rasa nak tidur dalam perjalanan, lupakanlah.. sebab si pemandu tak kira apa jua kenderaan akan membunyikan hon setiap masa. Kena bagi telinga anda dah lali dengan bunyi hon baru boleh tidur.

Kepada pemandu-pemandu yang teruk di Malaysia, anda sebenarnya tak lah teruk sangat kalau dibandingkan dengan pemandu-pemandu di Bangladesh.. hihihi..

FB USTAZ ABUAMIN HADI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.