CATATAN KEMBARA KORBAN DI CHITTAGONG: HARI KEDUA

0
491

 

 

chita-2

 

chita-3

chita-4

chita-5

chita-6

chita-7

chita-8

chita-9

chita-10

chita

[ CATATAN CHITTAGONG ]

Pada hari raya pertama, kami dinasihati agar tidak masuk ke kampung atas sebab-sebab tertentu. Pada hari raya kedua, barulah kami bergerak masuk ke kampung-kampung bagi melaksanakan ibadah qurban yang diamanahkan kepada kami. 3 jam perjalanan ke kampung terasa amat lama kerana keadaan jalan raya yang teruk. Mujurlah ada pemandangan sawah padi di sepanjang perjalanan.. sejuk mata memandang..

Berdasarkan pemerhatian saya, masyarakat Islam Bangladesh amat menghargai dan mensyukuri sumbangan daging korban daripada rakyat Malaysia. Mereka menyambut mesra kedatangan kami dan melayan kami dengan sangat baik. Selain daging qurban, sebenarnya EZQURBAN juga menjalankan Program Prihatin Ummah yang membantu membina perigi bagi kegunaan masyarakat. Pemberian fidyah beras juga dijalankan di sini, terutamanya kepada madrasah-madrasah yang mana para pelajarnya adalah dari golongan fakir-miskin.

Melihat kedaifan masyarakat di sini, saya berasa insaf.. kita selalu mengeluh dengan apa yang kita rasa kurang, sedangkan mereka di sini jauh lebih susah dan serba kekurangan.

Melihat orang-orang kampung balik ke rumah membawa plastik-plastik berisi daging sambil tersenyum adalah satu kegembiraan yang tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Syabas dan tahniah buat peserta korban Malaysia yang berqurban di sini. Semoga ibadah qurban tuan puan diterima Allah.

Sesungguhnya.. erti hidup pada memberi..

Catatan : FB USTAZ ABUAMIN HADI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.