13 Cara Mendidik Anak Dengan Belas Ihsan Dan Dalam Islam

Nak mendisiplinkan anak sememangnya tidak mudah. Oleh sebab itu Islam telah memberikan garisan panduan tentang cara mendidik anak.

Tidak perlu risau tentang isu-isu ‘parenting’ dari Barat. Tetapi apa yang penting adalah kita sebagai umat Islam, perlulah mendidik dengan betul. 

Ibu bapa yang akan membentuk acuan anak, sekiranya elok acuan, eloklah anaknya.

Cara Mendidik Anak Dengan Belas Ihsan

1. Tidak memukul anak dari bahagian lutut ke atas

Cara Mendidik Anak

Anak merupakan rezeki daripada Allah SWT. Sama ada dirancang ataupun tidak, anak perlulah diperlakukan sebaik-baiknya.

Jadi sekiranya datang perasaan marah kerana kenakalan anak, janganlah memukul anak dengan keganasan dan paling penting jangan sesekali pukul anak dari bahagian lutut sehingga ke atas.

Mungkin kedengaran remeh, tetapi bahagian ini terletak organ-organ penting yang mungkin akan tercedera walaupun dipukul ringan.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, ibu bapa .tidak dibenarkan untuk memukul di bahagian muka.

Riwayat daripada Abu Hurairah anh, Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka.

Riwayat Muslim (2612)

Ibu bapa juga tidak boleh menyebat anak dengan melebihi 10 kali. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Burdah al-Ansari R.anh Nabi SAW telah bersabda:

لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشَرَةِ أَسْوَاطٍ إِلَّا فِي حَدِّ مِنْ حُدُودِ اَللَّهِ

Maksudnya: Tidak disebat seseorang itu melebihi sepuluh kali sebatan kecuali pada (hukuman) had daripada hudud-hudud Allah S.W.T.

Riwayat al-Bukhari (6456)

Pukulan tersebut perlulah dengan tujuan untuk mendidik, bukan untuk melepaskan marah. Sekiranya marah, jangan hukumi anak dahulu. Tenangkan diri anda dahulu untuk mengelakkan anda mengasari anak.

Pukulan yang dilakukan perlulah bersifat ta’dibi (memberi pendidikan) bukannya ta’qibi (memberi hukuman dan seksaan).

2. Ajarkan anak solat & pisahkan dari tempat tidur

Cara Mendidik Anak

Seawal usia 7 tahun anak sudah boleh diajarkan untuk bersolat dan dibenarkan untuk dipukul pada umur 10 tahun sekiranya tidak mahu bersolat.

Selain itu, anak-anak juga perlulah dipisahkan tempat tidur daripada ibu bapa. Lebih indah sekiranya pisahkan juga anak berlainan jantina untuk tidur di tempat mengikut jantina.

Boleh ajarkan juga tentang aurat dalam keluarga supaya anak ketahui batas walaupun bersama mahram.

Sesuai dengan hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.

Hadis riwayat Abu Daud: (490)

3. Berikan nama yang baik dan panggilan yang baik

Cara Mendidik Anak

Sunnah memberi nama anak adalah pada hari ke-7. Sebagai ibu bapa, perlulah memilih nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil pada hari Kiamat kelak.

Nabi Muhammad SAW ada bersabda:

إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ

(رواه أبو داود وأحمد)   

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” 

Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad

4. Akui kesilapan anak & ajarkan tanggungjawab

Kalau anak terjatuh berlari kerana tersadung meja, jangan dipukul meja dengan berkata, “Ish apa meja ni, buat abang jatuh”.

Dari segi psikologinya, anak akan berasa yang bersalah adalah meja, bukan dirinya yang berlari tanpa arah tuju.

Ajari anak untuk mengakui kesalahan supaya anak pelajari membuat kesalahan adalah salah satu cara untuk belajar.

Suatu hari nanti anak akan belajar untuk menerima kesalahan dan tidak menipu hanya untuk memenuhi harapan sebagai anak yang sempurna.

Ajarkan anak juga tentang tanggungjawab institusi kekeluargaan. Sekiranya anda tahu maksud tanggungjawab, anak akan tahu di mana salah silapnya dan mencari penyelesaian.

5. Utamakan keluarga

Jadikan keluarga sebagai keutamaan kerana apa yang istimewa di mata anak-anak adalah ‘Siapa yang hadir dan munculkan diri’.

Tampil ke hadapan dalam kehidupan anak. Pasti anak akan menghargainya sehingga mereka dewasa. Walaupun anda ditenggelami kesibukan kerja, cukup memberi mesej bertanya khabar atau telefon hanya untuk mendengar suara.

Salah satu kaedah yang dinyatakan salafus soleh:

لَاعِبُوهُمْ سَبْعًا وَأَدِّبُوهُمْ سَبْعًا وَصَادِقُوهُمْ سَبْعًا، ثُمَّ اتْرُكُوا لَهُم الحَبْلَ عَلَى الغَارِبِ

Maksudnya: Bermainlah dengan mereka selama tujuh tahun yang pertama, didiklah mereka pada tujuh tahun yang kedua, dan bersahabatlah dengan mereka pada tujuh tahun yang ketiga. Kemudian tinggalkan bagi mereka tali pada puncak bukit.

6. Tidak mengeluh dengan perangai anak

Cara Mendidik Anak

Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza-beza. Sememangnya manusia termasuk ibu bapa bukanlah sempurna sehingga tidak akan mengeluh tentang anak.

Tetapi marah ibu bapa boleh ditukar kepada doa. Semogo doa itu dimakbulkan sekira doa itu doa yang baik dan indah.

Pernahkah anda dengarkan kisah Imam Mekah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais Hanbali?

Disebabkan kenakalan beliau pada waktu kecil, ibunya telah ‘menyumpahnya’ dengan berkata, “Semoga kau menjadi Imam di Haramain”.

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais Hanbali telah menganggap mungkin kerana doa ibunyalah, belau benar-benar menjadi Imam di Mekah.

7. Menjadi pendengar terbaik untuk anak

Cara Mendidik Anak

Pada zaman ini, apa yang penting untuk ibu bapa lakukan adalah memberikan perhatian kepada anak.

Gejala sosial yang berlaku pada zaman sekarang adalah kerana kurang perhatian daripada ibu bapa jadi anak-anak mencari validation dari sumber luar yang mungkin tidak elok.

Langkah pencegahan adalah menjadikan rumah sebagai rumah kasih sayang dan betul-betul menghidupkan suasana ‘Rumahku Syurgaku’.

8. Tenangkan anak

Cara Mendidik Anak

Ketika anak anda ‘temper tantrum’ apakah yang anda akan lakukan?

Apa yang anda boleh lakukan adalah:

  • Cari sebab anak anda melepaskan kemarahan sebegitu
  • Elakkan anak daripada tantrum dengan buat anak sentiasa sibuk dengan sesuatu
  • Alih perhatian mereka
  • Tidak melayan tantrum anak, tetapi jangan lepaskan pandangan anda
  • Minta anak anda buat sesuatu yang mudah
  • Jika anak perlukan ruang, berikan ruang tersebut
  • Buat aktiviti bersama-sama mereka untuk mengelakkan tantrum
  • Ajarkan diet yang sihat dan seimbang
  • Pastikan anak anda cukup tidur

9. Hargai barang-barang anak anda

Cara Mendidik Anak

Barang-barang anak anda adalah hak anak anda. Walaupun mereka masih kanak-kanak, hargai barang-barang mereka.

Jika ada barang anak perlu dibuang, anda perlu beritahu kepada anak dan nyatakan sebabnya.

10. Ajarkan ‘Safe Touch’

Cara Mendidik Anak

Isu ini penting dan perlu diajar kepada kedua-dua lelaki atau perempuan. 

‘Safe Touch’ juga sebenarnya mengajarkan tentang had-had yang tidak boleh dibatasi dalam pergaulan tidak kiralaha sesama lelaki, perempuan atau umur mereka.

Mulakan dari usia muda supaya anak tidak mencari sumber dari luar yang boleh menjadi tidak sahih. Dengan kes yang membimbangkan kini, ibu bapa boleh elak sesuatu yang tidak diingini dari berlaku.

11. Terima anak seadanya

Cara Mendidik Anak

Ajarkan anak untuk berasa cukup dan ibu bapa juga perlu belajar tentang konsep cukup.

Konsep ini adalah qanaah.

Berasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan. Anak kurang dari segi akademik, tetapi masih anak yang soleh? Itu adalah rezeki. Anak tidak mendapat markah penuh tetapi sudah berusaha sehabis baik? Itu sudah cukup baik.

Berbelas ihsanlah sesama anak-anak kerana anak adalah rezeki dan ujian dari Allah SWT.

Cara Mendidik Anak Mengikut Islam

Selain daripada yang disenaraikan di atas, ini antara cara mendidik anak secara Islamik.

1. Jadikan Rasulullah sebagai tauladan

Bacakan kisah-kisah nabi dan para sahabat sebelum tidur ataupun selepas solat. Tekankan kehidupan Islam dalam kisah-kisah tersebut.

2. Bersifat lemah lembut

Teladani kisah nabi lemah lembut dalam menyantuni anak dan cucu-cucunya. Tidak pernah sekali Nabi Muhammad menengking. Malah Baginda amat mengasihani kanak-kanak.

Sekian sahaja cara-cara mendidik anak yang anda boleh ikuti. Semoga perkongsian ini boleh membantu ibu bapa untuk istiqomah menghadapi cabaran membesarkan anak.

Artikel Berkait: Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Boleh Ke Non-Muslim Makan Daging Aqiqah?, 10 Checklist Perlu Semak Sebelum Majlis Aqiqah Anak, Boleh ke Aqiqah Online Untuk Ibu Bapa?, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN