Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?

“Bolehkah saya korban untuk arwah mak saya?”

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tidak dinafikan lagi persoalan di atas pasti sangat popular dalam kalangan umat Islam bila tibanya musim Qurban. Apakah hukumnya? Di sini kita akan kupaskan sedikit berkaitan persoalan tersebut.

Berdasarkan pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Hanbali dan sebahagian Imam syafie, dibolehkan untuk melaksanakan Qurban buat arwah dan akan sampai pahala qurbannya kepada arwah.

Pendapat ini berdasarkan sebuah hadith riwayat ‘Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih menyebut:

بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada ahli (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad. (Riwayat Muslim)

Hal ini kerana dikalangan umat Nabi Muhammad SAW ada yang telah meninggal dunia dan Baginda SAW menjadikan sembelihannya untuk umatnya. Dalil ini telah menjadi keharusan melaksanakan Qurban untuk orang yang telah meninggal dunia.

Para Ulama’ Mazhab As-Syafie meletakkan 3 syarat bagi melaksanakan Qurban ke atas orang yang telah meninggal dunia

Pertama: Qurban Wasiat

Sekiranya seseorang telah meninggal dunia mewasiatkan kepada warisnya bagi melaksanakan Ibadah Qurban untuknya, maka waris itu dituntut untuk melaksanakan Qurban tersebut dan daging Qurban tersebut mesti disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin.

Kedua: Qurban Nazar

Sekiranya seseorang tersebut bernazar untuk melaksanakan Qurban tetapi tidak sempat melaksanakannya kerana meninggal dunia, maka warisnya dituntut untuk melaksanakan Ibadah Qurban tersebut meskipun ianya tanpa wasiat.

Ketiga: Qurban Ta’yin

Sekiranya si mati pernah berniat untuk melaksanakan Ibadah Qurban dengan menentukan binatang tertentu yang akan disembelihnya sebagai Qurban, akan tetapi ia meninggal dunia sebelum melaksanakannya, maka bagi individu yang mengetahui akan niat si mati harus menyembelihkan bintang Qurban bagi pihak si mati.

Jelaslah persoalan tentang korban untuk arwah telah terjawab.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN