Boleh ke Aqiqah Anak Lelaki Dengan Seekor Kambing Sahaja?

Tidak kiralah aqiqah anak lelaki atau perempuan, ibadah ini adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan. Tujuan dilaksanakan aqiqah adalah untuk mensyukuri nikmat kelahiran anak bagi sesebuah keluarga sekaligus menzahirkan kegembiraan atas nikmat tersebut.

Kadar Ketentuan Haiwan Aqiqah

Lapah Daging

Untuk pengetahuan, asal pensyariatan aqiqah adalah dengan penyembelihan 2 ekor kambing bagi anak lelaki manakala seekor kambing bagi anak perempuan. Hal ini dapat kita lihat menerusi sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”. (Riwayat Abu Daud – 2842)

Oleh itu, untuk melaksanakan ibadah ini kita disunatkan dan adalah kebih afdhal untuk menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan begitu juga sebaliknya. Namun, mazhab syafie juga membenarkan aqiqah dengan bahagian lembu mahupun unta sepertimana yang dilaksanakan semasa ibadah korban.

Aqiqah Anak Lelaki Dengan Seekor Kambing

Kambing Haiwan Akikah
Foto Kredit: Pexels

Namun begitu, bolehkah kita melakukan ibadah ini dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki berbeza dengan apa yang disunatkan oleh islam? Bagi menjawab persoalan ini, mari kita rujuk sebuah hadith daripada ibn Abbas RA:

َنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

Maka, aqiqah dengan seekor kambing adalah dibolehkan dan dianggap memadai mengikut kemampuan ibu bapa sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah dalam aqiqah untuk kedua cucu baginda.

Dengan itu, jelaslah bahawa ibadah ini boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing mengikut kemampuan. Tetapi adalah lebih afdhal untuk menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan seperti yang dijelaskan di dalam hadith di atas.

Jika anda ingin baca artikel lain, klik di sini.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban
pakej korban ez qurban 2022

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOLL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN