Boleh Atau Tidak Aqiqah Bahagian Lembu? Apa Hukumnya?

Ada antara kita masih tertanya adakah sah aqiqah bahagian lembu sahaja tanpa perlu aqiqah seekor kambing.

Ibadah aqiqah kurang mendapat perhatian dari segelintir masyarakat pada hari ini. Kebanyakan orang tidak mengetahui kaedah, garis panduan  dan hukum pelaksanaan aqiqah yang dilakukan sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam.

Aqiqah dari segi hukum syarak bermaksud “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Kaedah Pelaksanaan Aqiqah

Antara haiwan ternak yang boleh disembelih menurut sunnah Rasulullah SAW untuk tujuan aqiqah adalah kibas, biri-biri, dan kambing. Haiwan-haiwan tersebut hendaklah memenuhi syarat untuk disembelih contohnya bukan dalam keadaan cacat, tidak terlalu kurus dan sebagainya.

Hal ini seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata yang bermaksud:

(Baginda SAW) melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husain R.Anhuma, dua ekor kambing (untuk Hasan) dua ekor kambing (untuk Husain). (Riwayat Abu Daud – 2841)

Hukum Aqiqah Dengan Bahagian Lembu

Foto Kredit: Pexels

Berbalik kepada isu hukum aqiqah menggunakan bahagian lembu, Mazhab Syafie membolehkan untuk menggantikan kambing dengan lembu ataupun unta seperti mana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu’:

مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ

Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas. Dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Hafsah binti Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Siddiq RA, tidak dikira aqiqah itu kecuali kambing.

Menurut al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah pula, seekor kambing itu disamakan dengan 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Maka, umat islam dibolehkan untuk menyembelih seekor unta atau lembu bagi 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai. Ia juga dibolehkan sama ada semua bahagian sembelihan itu diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.

Sunat Dimasak Daging Aqiqah

Pun begitu, daging hasil sembelihan aqiqah adalah sunat untuk dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada orang ramai atau dimakan bersama. İni bermakna daging tersebut tidak diagihkan secara mentah seperti mana yang dilakukan terhadap daging qurban.

Jamuan Akikah

Jadi, hukum untuk melaksanakan aqiqah dengan bahagian lembu adalah sah menurut Mazhab Syafie. Tambahan pula, tiada dalil yang melarang untuk melaksanakan ibadah aqiqah tersebut dengan menggunakan bahagian lembu.

Oleh itu, ibu bapa boleh memilih kaedah yang sesuai dan berpatutan mengikut kemampuan dalam melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak-anak mereka.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban
pakej korban ez qurban 2022

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOLL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN