Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban

Ramai yang nak berkorbankan tahun ni? Dah ingat lafaz niat korban?

Tetapi niat korban boleh dibaca awal atau perlu dilafazkan ketika menyembelih?

Sebenarnya niat korban itu terbahagi kepada dua:

  1. Niat itu dilafazkan sendiri oleh peserta atau pemilik korban

Untuk ini, peserta korban boleh berniat sendiri dalam beberapa keadaan:

  1. Ketika mengasingkan haiwan korbannya dari haiwan lain di dalam kandang atau ketika akad jual beli. Jadi niatnya, “Haiwan yang aku asingkan ini ialah untuk korban.” Atau “Haiwan aku beli ini ialah untuk korban.
  2. Ketika dia menyembelih sendiri haiwan korbannya (sembelih sendiri)
  3. Ketika haiwan korban disembelih (disembelih oleh wakil)
  4. Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya akan dikorbankan

2. Orang lain yang melafazkan niat bagi pihak peserta korban

  1. Tukang sembelih diwakilkan untuk berniat bagi pihak peserta ketika menyembelih
  2. Seseorang berniat bagi peserta ketika wakilnya itu menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih.

Imam al-Khatib ada menyebut bahawa niat mestilah dilafazkan ketika sembelihan itu berlaku sekiranya belum ditentukan binatang yang akan dikorbankan. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 6/133)

Niat Korban

Syeikh al-Ghamrawi pula telah menulis di dalam karyanya bahawa harus seseorang itu niat korban sebelum sembelihan berlaku, namun mestilah selepas ditentukan binatang yang akan dilaksanakan sebagai ibadah korban. (Rujuk: al-Siraj al-Wahhaj, 1/563)

Tambahan pula Syeikh al-Bujairimi ada menyatakan di dalam kitabnya bahawa sesiapa  yang mewakilkan kepada seseorang untuk sembelih sudah dikira sebagai niat. Begitu juga ketika wakil lakukan penyembelihan dan ketika serah binatang kepada wakil. (Rujuk: Hasyiah al-Bujairimi, 4/340)

Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya:

وليس على الوكيل أن يقول عند الذبح عمن؛ لأن النية تجزئ

Maksudnya: “Mereka yang menjadi wakil dalam sembelihan tidak wajib menyebut nama pemilik korban ketika sembelihan berlaku. Kerana memadai dengan niat daripada pemilik korban.”

Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2737

Syeikh al-Jamal menyebut bahawa sunat bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban menghadirkan niat ketika sembelihan berlaku (jika dia menyaksikan proses sembelihan. (Rujuk: Hasyiah al-Jamal ala Syarh al-Minhaj, 2/465)

Niat Korban

Sekiranya dia seseorang itu mewakilkan dan dia berniat ketika melakukan sembelihan, maka sudah memadai niat itu. Ini telah dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam karyanya:

وَلَوْ وَكَّلَهُ وَنَوَى عِنْدَ ذَبْحِ الْوَكِيلِ كَفَى ذَلِكَ وَلَا حَاجَةَ إلَى نِيَّةِ الْوَكِيلِ بَلْ لَوْ لَمْ يَعْلَمْ الْوَكِيلُ أَنَّهُ مُضَحٍّ لَمْ يَضُرَّ

Maksudnya: “Jika dia mewakilkan dan dia niat ketika berlaku sembelihan, maka sudah memadai niat itu. Tidak perlu kepada niat wakil sekalipun wakil itu tidak tahu bahawa dia adalah orang yang berkorban, ini tidak memudaratkan(hukum tetap sah).”

Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/406

Lafaz Niat Korban

Niat Korban

Ada beberapa lafaz nazar yang sah secara hakikat.

  1. Ketika anda sudah memiliki binatang korban:  “Demi Allah / Kerana Allah ke atasku menyembelih lembu ini sebagai korban” atau “Ke atasku menyembelih binatang ini sebagai korban”.
  2. Sebelum memiliki binatang korban: “Demi Allah ke atasku (menyembelih) binatang korban” atau “Demi Allah, ke atasku menyembelih seekor kambing” atau “Jika aku memiliki seekor kambing, maka ke atasku berkorban dengannya” atau “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada hari raya Haji nanti”.

Ketika bernazar pula, 

“Demi Allah, ke atasku (menyembelih) binatang korban.” Kemudian dia membeli atau memiliki binatang korban, kemudian dia menentukan binatang itu lalu berkata “Aku tentukan/pilih unta ini bagi (menunaikan) nazarku”.

Niat korban nazar perlulah dalam keadaan haiwan itu sudah dimiliki oleh orang yang ingin berkorban. 

Oleh itu, niat seperti “Jika aku memiliki kerbau itu, maka akan aku jadikannya korban bagi (menunaikan) nazarku” adalah tidak sah.

Kami lampirkan juga FAQ Korban yang terdapat di laman web rasmi kami.

  1. Adakah saya boleh berkorban di negeri atau negara lain?
    Boleh
  2. Apakah daging korban sunat wajib diberikan kepada fakir miskin?

Ya, wajib disedekahkan sebahagian daripadanya.

  1. Apakah yang perlu dilakukan kepada penerima walaupun dia bukanlah daripada golongan fakir miskin?

Dia boleh memakannya, menyedekahkannya kepada fakir miskin Islam atau menjamu orang Islam lain sama ada kaya atau miskin

  1. Apakah perkara yang dilakukan kepada daging korban sekiranya penerima bukan lah fakir miskin?

Dilarang menjualnya sama ada dalam bentuk mentah atau masak, memberikannya kepada orang kaya, dan menjamu orang fakir.

  1. Apakah hukum melaksanakan korban bagi pihak lain?
  • Wali seperti bapa atau datuk boleh melakukan korban daripada hartanya untuk orang di bawah tanggungannya seperti anak dan isteri mereka walaupun tanpa izin mereka.
  • Tidak boleh bagi orang yang masih hidup kecuali dengan izin mereka. 
  • Tidak boleh bagi orang yang sudah meninggal melainkan terdapat wasiat untuk berkorban.
  1. Bilakah waktu sesuai berniat korban?

Sewaktu menyembelih dan HARUS juga sebelum menyembelih sekiranya sudah ditentukan binatang korbannya dan sudah masuk waktu untuk berkorban.

  1. Apakah bacaan niat korban?

Secara ringkasnya lafaz niat korban adalah, “Sahaja aku melakukan korban sunat/wajib/nazar aku”

  1. Adakah nazar korban perlu dilaksanakan?

Ya, wajib dilaksanakan sekiranya sudah berniat nazar korban. Malah digalakkan untuk berkorban dalam masa terdekat setelah dia bernazar. Jika terluput masa tanpa sembelih korban nazar, maka wajib atasnya untuk menyembelih pada tahun hadapan sebagai qadha yang luput tersebut.

Sekian sahaja perkongsian kali ini semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT.

Artikel Berkaitan: Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?, Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban, Semua Soalan Korban: 28+ Jawapan FAQ Korban Diringkaskan EZ Qurban, Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?, Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?, Adakah Haiwan Yang Dimandulkan Boleh Dijadikan Korban?, Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban

______

EZ Qurban
pakej korban ez qurban 2022

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOLL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN