Berapakah Umur Kambing Yang Boleh Diakikahkan?

Tahukah anda ada umur kambing yang tertentu yang boleh disembelih untuk akikah?

Ya, oleh sebab itu tidak semua kambing boleh diakikahkan.

Apa Itu Akikah?

 Umur Kambing

Akikah adalah salah satu syiar Islam yang disunatkan kepada umat Islam bagi menyambut kelahiran bayi.

Hukumnya adalah sunat muakkad. Manakala pelaksanaannya adalah pada 7 hari atau 14 hari atau 17 hari selepas kelahiran anak tersayang.

Hadis diriwayatkan oleh Buraidah Bin Husoib al-Aslami RA:

العقيقةُ تُذْبَحُ لسَبْعٍ، أوْ لِأَرْبَعَ عشرَةَ، أوْ لِإِحْدى وعشرينَ

Maksudnya: “Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari ketujuh, atau hari ke-14 atau hari ke-21”

Riwayat al-Baihaqi : 19771

Sekiranya ibu bapa tidak berkemampuan untuk melaksanakan pada salah satu daripada waktu tersebut, sunat untuk ibu bapa melaksanakannya pada bila-bila masa sebelum anak itu baligh.

Selepas baligh, anak itu boleh akikah dirinya sendiri sekiranya dia mahu laksanakannya.

Bacaan lanjut: Boleh Akikah Sendiri Ke?

Spesis Kambing Untuk Akikah

Untuk mengetahui umur kambing yang boleh diakikahkan, penting untuk anda bezakan dahulu jenis-jenis kambing.

  • Kambing Biri-biri: al-Dha’n (الضَّأْنِ) 
 Umur Kambing
  • Kambing Gurun: al-Dha’n al-Barbari (ضأن بربري).
 Umur Kambing
  • Biri-biri tetapi bulunya lebih banyak. Selalunya diternah untuk daging, susu dan bulu. Al-Ghanam jantan dipanggil Kibasy (كبش) dan Kharuf (خروف). Manakala yang betina dipanggil Na’jah (نعجة). Al-Ghanam yang kecil pula dipanggil Hamal (حَمَل). Banyak diternak di Australia, New Zealand dan China.
 Umur Kambing
  • Biri-biri Jantan: al-Kabsy (الكبش)
 Umur Kambing
  • Biri-biji Jantan: al-Kharuf (الخروف)
 Umur Kambing
  • al-Ma’iz (الماعز) : Kambing yang kuat boleh hidup dalam berbagai keadaan .
 Umur Kambing

Di luar negara juga terdapat kambing-kambing seperti:

  • Kambing Boer
 Umur Kambing
  • Kambing Katjang
 Umur Kambing
  • Kambing Cashmere
 Umur Kambing
  • Kambing Saanen
 Umur Kambing
  • Kambing Toggenburg
 Umur Kambing
  • Kambing Alpine
 Umur Kambing
  • Kambing Anglo-Nubian
 Umur Kambing
  • Kambing Jamnapari
 Umur Kambing

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan.

Umur Kambing Yang Dibolehkan Untuk Akikah

Daripada spesis kambing yang disenaraikan, umur kambing yang dibolehkan untuk akikah dibahagikan kepada dua. Kambing biasa dan kambing Biri-biri

Kambing: Tidak kurang daripada dua tahun dan umurnya masuk tahun ketiga

Kambing Biri-biri: Tidak kurang daripada setahun dan umurnya masuk dua tahun. 

Kitab al-Fiqh al-Man (1/563) telah menukilkan: “Umur kambing hendaklah dikorbankan disyaratkan telah masuk tahun ketiga manakala umur biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum setahun”.

Umur ini adalah daripada hadis daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَتِ الْأُضْحِيَّةُ الْجَذَعُ مِنْ الضَّأْنِ

Maksudnya: “Biri-biri yang paling baik dibuat qurban ialah yang dalam usia Jaza’”

Riwayat al-Tirmizi: 1499

Maksud Al-Jaza adalah biri-biri yang berusia setahun dan masuk ke dua tahun (al-Siraj al-Munir Syarh al-Jami’ al-Saghir fi Hadis al-Basyir al-Nazir, 4/355).

Daripada nas, hujah dan hadis yang telah dinyatakan di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa umur kambing yang dibolehkan akikah adalah; genap dua tahun atau sedang masuk tahun kedua.

Manakala umur kambing biri-biri pula umurnya adalah genap setahun atau sedang masuk tahun kedua.

Ini mungkin kerana kambing biasa dan kambing biri-biri mempunyai kadar pertumbuhan yang berbeza. Di mana kambing biri-biri lebih cepat membesar berbanding kambing kampung atau kambing biasa.

Sekiranya ada yang ingin berakikah lembu atau kerbau umurnya adalah melebihi dua tahun.

Unta pula melebihi dua tahun.

Untuk bacaan lanjut tentang haiwan akikah yang lain, anda boleh rujuk pada artikel ini: Boleh Atau Tidak Akikah Bahagian Lembu? Apa Hukumnya?,  dan Hukum Menggantikan Kambing Dengan Lembu Atau Unta Bagi Tujuan Akikah

Kadar Akikah

 Umur Kambing

Kadar akikah yang disunatkan boleh dilihat pada hadis Rasulullah ini:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah akikah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”. 

Riwayat Abu Daud: 2842

Bagi yang ingin berakikah tetapi masih ragu-ragu, lakukanlah ibadah ini sekiranya berkemampuan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari: 2839

Hadis daripada Salman Bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada akikahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah akikah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari: 2839

Akikah online mahupun offline, laksanakannya mengikut kemampuan anda. 

 Umur Kambing

Kebaikan akikah selain daripada ganjaran pahala adalah mengeratkan silaturahim sesama muslim. Bayangkan sahaja manfaat daging akikah yang telah anda sumbangkan sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukannya.

Ibadah akikah ini bukanlah semata-mata adat Melayu, tetapi sunnah yang dituntut kepada ibu bapa atau penjaga kepada anak tersebut.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga ibadah akikah anak anda terlaksana suatu hari nanti. Insya-Allah.

Artikel Berkait: Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Boleh Ke Non-Muslim Makan Daging Aqiqah?, 10 Checklist Perlu Semak Sebelum Majlis Aqiqah Anak, Boleh ke Aqiqah Online Untuk Ibu Bapa?, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN