Aqiqah Online: Apakah Tujuan & Keutamaan Aqiqah Ini?

Semua ibadah yang disyariatkan mempunyai sebab dan manfaatnya yang tersendiri. Ini termasuk ibadah aqiqah. Tetapi, bolehkah anda aqiqah online?

Kami bicarakan isu ini pada artikel ini.

Kenapa Perlu Aqiqah?

Aqiqah Online

Sememangnya ramai mengetahui tujuan aqiqah adalah untuk melaksanakan ibadah sunnah ke atas anak yang baru lahir dipertanggungjawabkan kepada orang yang menafkahinya.

Semua ibadah yang disyariatkan janganlah disia-siakan.

Sabda Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

Walaupun ibadah aqiqah adalah sunnah muakkad, ramai juga umat Islam berlumba-lumba untuk melaksanakannya.

Mungkin kerana “Sami’na Wa Atho’na” (Kami dengar dan kami taat) ramai komited untuk tetap melaksanakannya bagi mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Surah an-Nisa (ayat 59)

Syekh Abdullah Nashih Ulwan dari Kitab Tarbiyatul Aulad Fil Islam, hikmah aqiqah adalah menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Selain daripada itu, sedar atau tidak ibadah aqiqah menguatkan ikatan ukhuwah sesama umat Islam. 

Hal ini kerana, ada bahagian di dalam aqiqah itu akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. 

Atau mungkin dimakan sendiri sesama keluarga, ramai orang akan mendapat manfaatnya. Terlalu banyak hikmah sembelihan aqiqah untuk dibicarakan.

Realiti Ibadah Aqiqah

Aqiqah Online

Sejak 2020 lagi, ibadah yang mengumpulkan ramai ahli keluarga dan jiran untuk menyambut kelahiran anak ini tidak dapat dilaksanakan dengan cara kebiasaannya.

Pandemik COVID-19 telah merubah corak dan peraturan untuk mengadakan majlis.

Tidak hairanlah ramai ibu bapa yang memilih untuk menangguhkan majlis ini.

2 tahun sejak itu, masih ramai yang ragu-ragu sama ada selamat atau tidak untuk mengadakan majlis.

Lagipula, kelahiran anak semangnya dinantikan. 

Sudah semestinya tidak mahu anak tersayang terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

Tidak dinafikan juga bajet untuk mengadakan majlis adalah tinggi. Bukan sahaja kos majlis yang mahal, malah harga seekor haiwan aqiqah juga boleh mencecah lebih RM1500.

Jadi semakin tertangguhlah ibadah sunnah ini.

Sayang sekali ibadah yang menzahirkan kesyukuran ke atas anugerah anak ini tidak dapat dilaksanakan.

Dari situlah aqiqah online memainkan peranan.

4 Kebaikan Aqiqah Online & 5 Cara Untuk Mencari Aqiqah Online Yang Terbaik

Aqiqah Online

Sebelum anda mengetahui kebaikan beraqiqah online, anda perlu ketahui, aqiqah di tempat sendiri adalah lebih afdal.

Tidak kiralah anda aqiqah online di tempat sendiri atau di luar negara, yang afdalnya adalah di tempat sendiri.

Kebaikan Aqiqah Online

  1. Prosesnya Mudah
Aqiqah Online

Jika anda ternampak iklan di mana-mana media sosial, pasti anda sendiri melihat ramai yang memberi komen ‘DM’.

Selesai anda mendapat balasan kepada mesej yang anda tinggalkan, anda boleh menjalankan ibadah aqiqah secara online dengan hanya 3 minit.

Tips Cari Aqiqah Online Dipercayai:

Cara mudah untuk mengetahui sama ada agensi aqiqah online itu boleh dipercaya atau tidak, anda boleh cuba memberi komen “DM”, dan anda lihat sendiri sama ada khidmat pelanggan membalas atau tidak.

Khidmat pelanggan yang responsif adalah satu petanda yang baik.

  1. Pembayaran Atas Talian
Aqiqah Online

Salah satu hikmah lain aqiqah online, anda boleh buat pembayaran online. Lebih mudah malah lebih pantas. 

Tips Cari Aqiqah Online Dipercayai:

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengetahui agensi ini boleh dipercayai atau tidak adalah dengan meminta nombor bank untuk pemindahan wang.

Semak nama syarikat dan nama akaun bank yang diberikan.

Kalau anda inginkan keselamatan yang lebih terjamin, anda boleh:

  • Semak pada laman web nama syarikat yang penuh
  • Semak pada ‘Abouts’ pada laman IG dan FB
  • Semak nama dengan pegawai khidmat pelanggan 
  1. Harga Sembelihan Yang Lebih Murah
Aqiqah Online

Perkara ini memang manfaat yang menjadikan aqiqah online mendapat tempat di hati pelanggan.

Malah ia juga sebab utama aqiqah online menjadi pilihan pertama.

Tips Cari Aqiqah Online Dipercayai:

Agensi aqiqah online sememangnya tumbuh bagai cendawan selepas hujan tetapi, apa yang ada boleh lakukan untuk menyemak agensi pilihan anda dipercayai atau tidak adalah:

Jika ia terlalu murah sehingga anda sendiri rasa “It’s too good to be true”, anda semak sahaja review yang ada pada FB dan Google Reviews.

  1. Pemberian Sijil & Bukti Sembelihan
Aqiqah Online

Banyak agensi yang memberikan sijil dan video bukti sembelihan.

Ini merupakan satu token penghargaan yang paling bermakna dan menjadi salah satu sebab aqiqah online dipilih. Lebih mudah dipercayai dan boleh dibuat kenangan.

Tips Cari Aqiqah Online Dipercayai:

Elakkan anda diperdaya video online yang lama pada iklan FB atau IG. Apa yang anda boleh lakukan adalah melihat video yang pernah dimuat naik pada IG atau FB.

Ataupun untuk cara yang lebih terperinci, anda semak sahaja di Facebook Ads Library. 

Jangan lupa juga untuk semak nama IG atau FB berikut.

Lihat sama ada akaun media sosial tersebut ditukar banyak kali atau mengekalkan nama yang sama.

Aqiqah online atau offline, di dalam negara atau luar negara, anda perlu semak apa yang betul. Jangan lupa untuk berbelanja mengikut bajet yang anda tetapkan.

Akhir sekali, jangan tertipu dengan skim aqiqah online yang menipu, carilah aqiqah online yang terbaik.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.

Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*

Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh  

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN